عن أبي هريرة قال نهى رسول الله صلى الله عليه
وسلم عن بيع الحصاة وعن بيع الغرر.
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW
melarang jual beli secara campak anak batu dan juga jual beli secara penipuan."
Sharah Hadith
Dalam
hadith di atas, Rasulullah SAW melarang kepada umat Islam menjalankan urus
niaga secara campak anak batu dan secara tipu helah kerana kedua-duanya adalah
haram dan tidak sah di sisi Islam. Jual beli dengan cara mencampak anak batu
dapat diketahui melalui 3 takwilan iaitu:
a) Si
penjual berkata: “aku jual kepada engkau pakaian ini, mengikut tempat jatuh
anak batu yang aku lemparkan ini.”
b) Si
penjual berkata: “aku jual kepada engkau mengikut pilihan engkau dengan
balingan anak batu ini.”
c) Si
penjual berkata: “jika engkau lemparkan anak batu pada baju ini, maka aku akan
jualkan baju ini kepada engkau dengan harga ini.”
Manakala,
larangan jual beli secara penipuan termasuklah penjualan barang-barang yang
entah di mana, barang-barang yang tidak diketahui besar kecilnya, baik
buruknya, tidak diketahui masa menerimanya, barang yang belum sempurna milik penjualnya,
menjual ikan di dalam sungai, burung di udara, anak binatang dalam perut,
menjual sehelai kain di dalam beberapa helai kain yang tidak dapat dilihat, menjual
seekor biri-biri di dalam kumpulan yang ramai, dan lain-lain lagi. Kesemuanya
ini, mengandungi unsure penipuan dan tidak sah jual beli ini.
Pengajaran Hadith
1. Dilarang menjual barang yang tidak nampak kerana boleh
berlaku penipuan.
2. Urusniaga yang dijalankan secara penipuan adalah
dilarang sama sekali sama ada dalam bentu perbuatan atau perkataan.
3. Jika akad dijalankan secara penipuan, maka pihak
pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut.
Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Buyu’, Bab Pembatalan
Jual Beli Secara Campak Anak Batu Dan Jual Beli Yang Terdapat Di Dalamnya
Penipuan, No. Hadith: 1513.
No comments:
Post a Comment