عن إبن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال
ألا كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته فالأمير الذي على الناس راع وهو مسؤل عن رعيته
والرجل راع على أهل بيته وهو مسؤل عنهم والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهي
مسؤلة عنهم والعبد راع على مال سيده وهو مسؤل عنه ألا فكلكم راع وكلكم مسؤل عن
رعيته.
Maksudnya: Daripada Ibnu ‘Umar daripada Nabi SAW
bersabda: “Ketahuilah bahawa setiap kalian adalah pemimpin dan setiap dari
kalian bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang
memimpin manusia akan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, seorang lelaki adalah
pemimpin ke atas keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka semua,
seorang wanita juga pemimpin ke atas rumah tangga suaminya dan anak-anak mereka
semua, seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab
ke atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab
atas kepemimpinannya.”
Sharah Hadith
Ulama' berkata: Pemimpin di sini ialah seorang yang beramanah serta
melakukan perkara yang soleh terhadap rakyatnya. Rakyatnya pula hendaklah
menuntut keadilan darinya dan peka terhadap kebaikan dari segi agamanya,
dunianya, akhiratnya dan selainnya.
Pengajaran Hadith
1. Setiap di antara kita hendaklah melaksanakan tugas dengan
sebaiknya.
2. Setiap tanggungjawab yang diamanahkan akan ditanya dan
dipertanggungjawabkan.
Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Kelebihan Pemimpin Yang
Adil, Ancaman Terhadap Pemimpin Yang Zalim, Anjuran Supaya Berlemah Lembut
Terhadap Rakyat Dan Larangan Menyusahkan Mereka, No. Hadith: 3408.
- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)
No comments:
Post a Comment