عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه
وسلم قا ل: من أعمر أرضا ليست لأحد فهو أحق. قال عروة: قضى به عمر رضي الله عنه في
خلافته
Maksudnya: Daripada
‘Aisyah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakmurkan
(mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak
terhadapnya”. ‘Urwah berkata: ‘Umar r.a memberikan keputusan demikian semasa
pemerintahanya”.
Syarah Hadith
Menurut al-Qazzaz, yang dimaksudkan dengan tanah yang mati
adalah tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapapun. Pemilikan tanah yang
dimaksudkan seperti kehidupan ke atas tanah tersebut atau membiarkan sahaja
tanah itu. Menghidupkan atau memakmurkan tanah yang mati yang tidak dimiliki
oleh sesiapapun dengan memiliki tanah berkenaan, bercucuk tanam serta
mendirikan bangunan di atasnya. Mengikut pendapat majoriti ulama’ mengatakan
bahawa tanah itu menjadi miliknya tidak mengmbil kira lokasi yang dekat atau
jauh, baik diizinkan imam ataupun tidak.
Sementara itu pula, Abu Hanifah berkata: “perkara ini
hendaklah mendapat persetujuan imam secara mutlak”. Manakala Imam Malik
mejelaskan, imam hanyalah memberikan keizinan khusunya tanah yang dekat dari mukim
sahaja.Kategori tanah yang dekat ialah tanah yang diperlukan oleh penduduk di
sekitarnya sama ada tempat untuk menternak binatang, tempat tinggal dan
sebgainya.
Pengajaran
Hadith
1. Islam sangat menggalakkan sektor
pertanian jelas daripada peruntukkan yang ada di dalam syariah.
2. Sesiapa sahaja yang mengusahakan
tanah terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah
berkenaan berdasarkan pendapat kebanyakan ulama.
Takhrij Hadith
Riwayat
al-Bukhari, Kitab al-Muzara’ah, Bab Menghidupkan Tanah Yang Mati, No. Hadith: 2335.
- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)
No comments:
Post a Comment