Sunday, May 13, 2012

Hadith 1



حدثنا عبد الرحمن بن سمرة قال، قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنك إن أعطيتها عن مسألة أكلت إليها وإى أعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها.

Maksudnya: ‘Abd Rahman bin Samurah telah menceritakan kepada kami, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku; “Wahai ‘Abd Rahman, janganlah kamu meminta jawatan, kerana jika kamu diberi jawatan kerana permintaan, maka tanggungjawabnya akan dibebankan kepadamu. Namun, jika kamu dilantik tanpa permintaan, maka kamu akan diberi pertolongan.”

Sharah Hadith
Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang larangan Nabi Muhammad SAW terhadap orang-orang yang meminta–minta sesuatu jawatan serta bermegah-megah dengan jawatan tersebut. Di dalam Islam, seseorang yang meminta-minta jawatan dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai jati diri yang tinggi serta mengharapkan belas ihsan orang lain kecuali mereka yang benar-benar mempunyai pengalaman dan keahlian dalam bidang tersebut.


Pengajaran Hadith
1. Umat Islam dilarang meminta-minta sebarang jawatan sama ada jawatan kerajaan, qadhi, dan sebagainya kecuali dalam keadaan terdesak.
2. Orang yang meminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT serta tidak akan mendapat keberkatan daripada pekerjaan tersebut.
3. Orang yang meminta-minta jawatan besar biasanya ingin memenuhi kehendak nafsu dan berkemungkinan tidak dapat melaksanakan amanah tersebut dengan baik.

Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Larangan Meminta-minta Jawatan Dan Rakus Terhadapnya, Hadith no. 3401.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...