عن أبي موسى رضي الله عنه قال دخلت على النبي صلى
الله عليه وسلم أنا ورجلان من قومي فقال أحد الرجلين أمّرنا يا رسول الله وقال
الآخر مثله فقال إنا لا نولّي هذا من سأله ولا من حرص عليه.
Maksudnya: Daripada Abu Musa r.a dia berkata. “Saya
dan dua anak sepupuku menemui Nabi SAW lalu berkata salah seorang daripada
keduanya: “Wahai Rasulullah, lantiklah kami sebagai pemimpin.” Dan seorang lagi
mengucapkan perkataan yang sama. Maka Baginda SAW bersabda: “Demi Allah,
sesungguhnya kami tidak akan memberi jawatan kepada orang yang meminta-minta
dan rakus terhadapnya.”
Sharah Hadith
Hadith ini
menerangkan tentang orang0orang yang dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan
tidak akan menghiraukan pelbagai kesusahan dan kepayahan hidup. Mereka tidak sedikitpun
takut dipandang hina semasa hidup di dunia, namun mereka berfikir bagaimana
sekiranya mereka dicela dan dihina di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
Inilah perjuangan hidup sebenar yang perlu ditempuhi oleh umat Islam. Inilah
semangat yang perlu dipupuk oleh masyarakat sekarang.
Al-Qadhi
al-Baidawi berkata, “Tidak sepatutnya bagi orang yang berakal mengambil
keseronokan sementara di dunia serta menggantikannya dengan hukuman buruk di
akhirat yang membawa penyesalan kepadanya.” Al-Muhallab pula berkata, “Sikap
tamak akan jawatan merupakan salah satu punca kepada berlakunya pembunuhan di
antara manusia. Bukan itu sahaja, bahkan pertumpahan darah, perebutan harta dan
kekayaan serta kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripadanya.
Setelah perkara tersebut berlaku, timbul rasa penyesalan di dalam diri manusia
kerana terperangkap di dalam satu agenda yang telah dirancang oleh mereka
sendiri. Dalam masa yang sama, mereka merasakan bahawa segala usaha yang
dilakukan selama initidak berguna lagi.”
Pengajaran Hadith
1. Seseorang yang mendapat sesuatu jawatan sesuai dengan
kelayakannya lebih berhak mendapatkan jawatan tersebut.
2. Seorang pemimpin diwajibkan memilih dan melantik
seorang qadhi yang berkelayakan untuk menggubal undang-undang sesebuah negara.
3. Seorang qadhi berhak memilih sama ada memilih
ataumenolak perlantikan daripada pemimpin jika dirasakan orang lain lebih
layak.
Takhrij Hadith
Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Makruh
Meminta-minta Jawatan Pemimpin, Hadith no. 6616
- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)
No comments:
Post a Comment