willow tido atas riba ummi dalam kete |
Bercakap tentang kasih sayang, semua orang dapat membayangkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, adik dan abang, sesama sahabat handai, suami isteri dan sebagainya. Jarang orang membayangkan hubungan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan haiwan. Ramai orang yang memandang rendah pada sang pencinta haiwan. Apa gunanya memberi kasih sayang kepada haiwan? Apa yang ‘mereka’ boleh bagi pada kita?
Saya menulis selaku insan yang sangat100x menyayangi haiwan terutamanya kucing. Tanyalah pada sesiapa sahaja yg mengenali saya, saya boleh digelar Ummu Hurairah. Ada lebih kurang 20 ekor kucing di rumah saya. Itu tidak termasuk kucing-kucing saya yang hilang dan sudah mati. Sebagai anak bongsu yang tidak punya adik, saya hanya mempunya kucing-kucing saya untuk bermain dan bermanja selain keluarga saya. Kucing boleh diajak bermain? Sudah tentu! Bermainlah dengan ‘mereka’. Kita akan terhibur melihat gelagat ‘mereka’ yang pelbagai gaya.
willow galok =) |
honey, sunkist & fifi main kunci |
Gemok masuk dlm bekas hantaran along =) |
honey tido belunjur =) |
Saya ingin mengajak sahabat semua supaya dapat memberi kasih sayang kepada sang kucing ini. Saya sangat hairan jika ada orang yang tidak sukakan kucing. Malah sanggup pula menendang dan memukul ‘mereka’ yang tidak berakal ini. Bila ditanya,kenapa tak suka kucing? Jawapannya, kucing ni kotor.. Suka qada’ hajat merata-rata. Suka buat sepah. Saya ingin bertanya di sini, kucing-kucing itu ada akal ke? ‘Mereka’ tidak seistimewa kita yang dikurniakan akal untuk berfikir. Sudah tentu mereka tidak tahu untuk hidup berperaturan seperti manusia. Tetapi, ‘mereka’ boleh diajar. Walaupun ‘mereka’ haiwan, ‘mereka’ tetap boleh diajar. Seperti kucing saya. Pada awalnya, dia akan membuat ‘projek’ qada’ hajatnya di mana sahaja yang disukai. Tapi, kami sekeluarga tidak membiarkan dia meneruskan tabiat itu. Kami sama-sama mengajarnya dan menunjukkan tempat yang sepatutnya dia gunakan untuk qada’ hajat. Akhirnya, dia faham dan tidak lagi qada’ hajat merata-rata. Lihat.. Ini contohnya.
Kucing juga mempunyai perasaan untuk disayangi. Cubalah anda beri kasih sayang yang berlebihan itu kepada ‘mereka’. Mereka akan membalas kasih sayang kita. Percayalah. Manusia pun jarang membalas kasih sayang kita. Tetapi, kucing tidak. Tak percaya?? Tanyalah sesiapa sahaja yang membela kucing. Pasti mereka bersetuju dengan saya. Saya tahu, kesemua kucing saya sayangkan kami sekeluarga. Jika anda berkasih sayang sesama ‘mereka’,anda sendiri dapat rasakan kasih sayang itu. Sejak kecil lagi, apabila saya dan abang-abang (along & angah) pulang dari sekolah, kami akan disambut dengan kucing kami bernama Puteri Comel. Ketika itu comel adalah satu-satunya kucing yang kami ada. Comel akan menunggu di hadapan pintu sambil mengiau manja. Selepas itu, comel akan menggeselkan badannya di kaki kami. Itu bukti comel sayangkan kami.
Banyak lagi bukti-bukti kasih sayang haiwan kepada tuannya. ‘Mereka’ tahu untuk membalas budi tuan yang telah menjaganya. Tentu ada sesiapa yang tahu kisah seekor singa memeluk tuannya, seorang wanita setelah lama terpisah. Singa tersebut dijaga oleh seorang wanita berusia 30-an ketika singa tersebut dijumpai sakit. Saya tidak pasti sakit apa, tetapi singa tersebut dijaga sehingga sembuh. Setelah sembuh, wanita tersebut tidak dibenarkan membela singa itu kerana singa adalah haiwan berbahaya. (Kalau tak silap saya, camni la citer die..huhu). Dengan berat hati, wanita itu menyerahkan singa tersebut kepada pihak zoo. Semusim berlalu, wanita tersebut mengunjungi zoo di mana singanya ditempatkan. Setelah ternampak singanya itu, wanita itu terus menuju ke sangkar singa tersebut. Anda semua tahu kan apa yang singa itu lakukan sebaik sahaja ternampak tuannya di situ? Ya, singa itu memeluk tuannya dari celahan tiang sangkarnya. Di dalam gambar yang saya lihat, tangan singa itu sahaja sudah sebesar kepala wanita tersebut. Boleh sahaja kalau singa itu hendak mencederakannya. Tapi,kenapa singa itu tidak buat begitu? Kerana kasih sayang. Kasih sayang singa itu terhadap tuannya masih ada walaupun telah lama terpisah. Lihat… Singa yang dikenali sebagai haiwan buas yang ganas juga punya perasaan sayang. Ia tetap mengingati tuannya yang telah menjaganya ketika sakit dahulu. Kisah ini lebih kurang sama jalan ceritanya dengan 1 lagi kisah 2 orang pemuda yg sy rasa dah ramai orang tahu.
Ada lagi cerita menarik yang ingin dikongsikan di sini.. Di asrama, bilik saya telah dikenali oleh kucing-kucing yang ada di asrama Darul Quran. Setiap hari, tidak kira waktu pagi, petang atau malam, pasti bilik saya akan dikunjungi ‘tetamu’. Seawal pagi lagi, ‘mereka’ sudah meminta sarapan. ‘Mereka’ sudah mengenali saya kerana saya selalu memberi ‘mereka’ makan. Sebab itu, setiap minggu, Friskies adalah barang utama dalam list barang yang ingin dibeli. Saya akan berasa sedih setiap kali ‘mereka’ meminta makanan, tetapi saya tidak dapat memberi apa-apa pun kerana Friskies dah habis. Kadang-kadang, saya korek je apa-apa yang ada termasuk biskut kering untuk diberikan pada ‘mereka’. Hati saya sangat tersentuh apabila melihat ‘mereka’ terpaksa mencari sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Saya selalu meletakkan diri saya di tempat ‘mereka’. Alangkah sedihnya jika hidup begitu. Makan di tempat yang kotor, ditendang, dicaci, diherdik…..
Yang menariknya, bahagian saya di tepi bilik tidak pernah terkena kesan qada’hajat daripada ‘mereka’. Itu salah satu tanda kasih sayang ‘mereka’. ‘Mereka’ biasanya akan qada’ hajat di bilik orang yang tidak suka pada ‘mereka’. (yang saya tengok la…huhu..) ‘Mereka’ tidak membalas budi baik saya dengan sesuatu yang tidak baik. Malah saya rasakan, di setiap biji Friskies yang ‘mereka’ makan itu, ada doa dari ‘mereka’ untuk saya…
Dafi |
Stacy si mulut bising |
Mila |
Saya tahu, ada juga orang yang tidak suka kucing, tetapi mereka tidak memukul kucing. Saya tak kisah.. Itu hak mereka untuk tidak suka kepada kucing. Kawan-kawan saya sendiri ramai yang tidak suka kucing dan ada juga yang takut. Tak apalah.. asalkan kucing itu tidak disakiti. Satu pesanan untuk sesiapa yang agak gemar ‘mendera’ kucing-kucing, sebelum anda memukul ‘mereka’, cuba letakkan diri anda di tempat mereka. ‘Mereka’ tak boleh bercakap, hanya mampu mengiau di mana hanya spesis ‘mereka’ sahaja yang faham. Nak beli makanan, takde duit. Sebab tu, ‘mereka’ selalu meminta belas ehsan daripada kita manusia ni.. Kita ade duit. Kita ade tenaga nak beli makanan. Apalah salahnya kita tolong ‘mereka’ yang tak ‘berdaya’ ni… Bayangkan kalau kita macam tu.. Dah la lapar, nak beli sendiri tak boleh. Bile mintak kat orang, tak ada siapa yang sudi menghulurkan makanan walaupun seketul TULANG ayam.. Bukannye isi pun. Tulang saja pun tak nak bagi.. Sedih tak? Sudah tentu sedih. Ade jugak orang, dah la tak bagi makanan apa pun, disepaknye pulak kita. Dihalau, dicaci… Lagila berganda-ganda kesedihan kita.. Kucing pun rasa macam tu.. ‘Mereka’ ada perasaan macam kita jugak. Rasa ingin disayangi.. Ingin dibelai, dimanja..
Saya harap, dengan coretan rasa hati yang entah apa-apa ni, boleh la memberi keinsafan pada kita.. Tak banyak, sikit pun jadi la.. Saya teringat kata-kata ustaz saya masa belajar aqidah sem 4 dulu, ustaz zuhdi cakap kat akhirat nanti, Allah akan bangkitkan semua haiwan dari yang besar gajah sampaila binatang serangga yang kecik untuk balas apa yang manusia buat kat ‘mereka’. Allah akan bagi ‘mereka’ peluang untuk balas balik sebab mase kat dunia dulu ‘mereka’ tak berdaya nak balas apa yang manusia buat kat ‘mereka’. Lepas dah balas balik, Allah akan lenyapkan ‘mereka’. Da selesai.. Tapi kita??? Dahla sebelum tu dah kena balasan dari haiwan yang pernah kita zalimi, kena pulak timbang amalan dan macam-macam lagi ‘prosedur’ untuk menentukan nasib kita. Samada ke syurga atau ke neraka. So, ingat-ingatlah. Kasih sayang yang ada pada kita banyak. Apalah sangat kalau bagi sikit kasih sayang pada makhluk yang bernama haiwan…. Tak rugi pun. Malah dapat pahala lagi. Rasulullah sendiri sayangkan kucing dan tak pernah menzalimi haiwan-haiwan lain. Jadi sama-samalah kita mencontohi sifat Baginda yang bukan sahaja berbuat baik sesama manusia, malah pada haiwan juga. Wallahu a’lam....
No comments:
Post a Comment