Tuesday, November 11, 2014

Rindu

Assalamualaikum semuaaaa ∩__∩

Hari ni 12 november 2014. Hari Rabu.



Kenapa tajuk entri tu - RINDU ?
Sebab hajare sangat rindu kat kawan2 dan suasana masa study dulu. Huhu.

Sedar tak sedar, dah setahun lebih saya mengakhiri zaman sebagai seorang student. Dah setahun lebih menjadi wanita bekerjaya. Hehehe, macam tua je bila sebut wanita bekerjaya.

Bila dah mula bekerja ni, selalu rindu dgn suasana masa study time final year kt ukm dulu. Pagi2 pegi kelas.. petang balik asrama kumpul ramai2, berborak, ber-loya buruk, bergosip, berstudigrup dan mcm2 ber lagi lah. Pastu bila lapar, pegi kafe beli makanan. Amik kertas kosong, pastu tulis:
1. Nasi putih, telur dadar, sup
2. Nasi Goreng Ayam Kunyit ( xnak sayur xnak bawang goreng)

Psst. Sape boleh teka, mana satu hajare punye makanan? Hihi ^_^

Pastu tunggu nasi smbil berborak lagi. Takpun tgk tv kejap. Takpun pegi kedai runcit kejap beli jajan. Pastu berborak lagi. Haha. Biasanya rutin ni saya dengan Mas la.. dr DQ lagi dah rapat ngn die. Sampai org cakap kitorang ni kembar. Huhu.

Kadang2 kalau dah boring berdua, ajak lagi ahli2 geng yg lain lepak sekali. Pas da kumpul reramai tu, tau je lah bising tak bising kitorg ni. Huhu.

Tapi... semuanya dah tinggal kenangan. Masing2 dah jauh, dan ada kehidupan masing2.

Dulu masa kat Maahad Hafiz, kawan2 rapat saya ada lah dalam 6 ke 7org, tp yg paling rapat, dijah nama die. Oleh kerana kitorg sama2 masih bujang trang tang tang, jadi selalu la dpt dating sesama lagi. Tahun depan, kalau djah kawen, sedih la hajare... sobs ﹋o﹋





Huhu..

Kat DQ pulak, geng sy ade 5 org. Hajare, Mas, Anis, Kay, n Khalisah. Masa tu, bilik Kay adalah port kitorg utk lepak dan makan2. Selalu sangat buat bising situ, sampai kena sound. Hahah! Nakal gile masa tu. Siap tengok cite hindustan lagi. Last2 kantoi dengan ustaz dasuki. Kikiki ^O^

Dari kiri: kay, nisa, anis, hajare, mas, khalisah, aniqah.


Pastu kat UKM plk, geng sy ade 6 org. Hajare, Mas (lagi), Illi, Ika, Kak wa dan Kak Syai. Kitorang ni asobiyyah sikit. Sume geng amik course hadith. Takde sorang pun yg amik tafsir. Hehe. Tapi, kitorang kawan je dgn geng2 tafsirian. Hihi. Cuma yg paling rapat, yg ni lah. Sebab kitorg sama2 amik hadith, so jadual kelas sama lah. Sebab tu rapat. Tempat yg selalu kitorg jalan2 tak lain tak bukan warta bangi le..hihi. Kalau bukan kat situ, kat pkns bangi. Dah boring kat bangi, pegi Kajang. Haha. Takde tempat lain, situ je la pusing2 pun. Kikiki.

Dari kiri: kak wa, ika, mas, kak syai, hajare, illi.


Tapi sekarang, semua dah lain. Semua dah berpisah, dan ada kehidupan masing2 dah. Nak jumpa memang susah dah. Nak bercerita macam2 pun dah tak boleh sangat. Ramai yg dah berumahtangga. Ada suami, ada anak2. Mana boleh dah nk selalu dating2 dan nak bergayut kat phone lelama. Hihi.

Bila dah dewasa ni, kita memang semakin kurang kawan rapat. Kawan2 memang ramai, tapi yg rapat akan jd kurang. Bukan sebab tak suka lagi berkawan dgn kite, tapi sebab banyak lg tanggungjawab lain. Hajare fahammmmm. Nanti suatu hari, kalau sy dah berumahtangga pun, mesti dah tak banyak masa dengan kawan2. Sebab seorang isteri tu kan tempatnya di sisi suami. Huhu.

Sebab tu lah, sementara masih single ni kalau boleh nak selalu jumpa kawan2.







Sebab hajare rindu. ∩__∩♥♥♥


Thursday, October 9, 2014

Aidil Adha di Langkawi ^_^

Assalamualaikum.... ;)

Tak terlambat lagi kot nak ucap selamat hari raya aidil adha kpd semua pembaca blog hajare yg budiman kan. Acecehh, macamla ramai sgt yang baca. Mihmihmih :P

Alhamdulillah, raya haji baru ni, saya sekeluarga sambut kat pulau langkawi. Seronok? memang seronok, sebab dapat luangkan masa dgn family tercinta. Kalau ikut plan asalnya, kitorang nak sambut raya kat acheh. Tapi sebab dah last minute baru nak cari tiket, alamatnya mahal la tambang. Huhu. Dah tak jadi acheh, try pulak cari tiket medan, bandung, jakarta. Pun mahal jugak. Last2 kitorg decide, cuti kat malaysia je lah. Dari kk, ke kuching, last2 ke langkawi akhirnya. Hehe

Takpe la. Walaupun dah 80 kali pegi langkawi, kitorang tak kesah. Asalkan dapat bercuti sekeluarga. *^▁^*



Masa hari raya pertama, lepas je sembahyang raya, kitorang tak tau nak kemana. Sebab kat langkawi takde sedara mara nak singgah beraya. So, terkelip2 la kitorang sekejap tak tau nak buat ape. Huhu. Cari restoran nak sarapan, sume gerai tutup. Last2 sarapan kat KFC. Haa.. untung sangat. ╮(╯▽╰)╭

Banyak sebenarnya perkara yg berlaku masa hari pertama raya ni. Dah boleh buat list 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Hehe.

Yang pertama, peristiwa ummi kena marah kat masjid. Bukan Abdullah ye. Bukan jugak hajare. Tapi ummi. Hihi, percaya tak? ;)

Ceritanya macamni...
Pagi raya tu, kitorang datang awal kat masjid. Kalau tak silap, nama masjid tu masjid at-taqwa. Masa tu baru ade 3-4 orang orang2 kampung situ. Ade 1 kerusi kat tepi ruang solat tu. Saya pun ambikla sbb ummi mmg kena solat smbil duduk atas kerusi. Masa tengah takbir raya tu, ade la sorang makcik ni datang, pastu terus marah ummi,"Ni kerusi saya!!' sambil tunjuk kat kerusi yg ummi tgh duduk tu.

Terkejut kitorang. Makcik2 yg duduk saff depan kitorang pun dengar. Pastu makcik yg marah tu ckp lagi. "Saya ni sakit kaki. Tak boleh nak solat duduk bawah! Kena duduk atas kerusi." Dah la cakap kuat2, pastu duk ulang2 banyak kali. Macam saje nak suh ummi rasa bersalah.

Ummi tersenyap. Ummi pun xtau nak buat apa. Ummi pun sakit kaki, takleh duduk bawah. Abis nak buat cane. Memang la die orang kampung tu. Tapi kerusi tu masjid punya. Sekarang ni, sape yg datang dulu?

Waktu tu saya panasss la jugak. Nasib baik dlm masjid. Lagipun kat tempat orang kan.. sabar je lah.

Lepas tu, ummi baru teringat, wheelchair ummi ade dalam kereta. Nasib baik tak tinggal kerusi ummi tu kat homestay. Terus call angah, suh amik. Dah amik tu, ummi pun tukar duduk atas wheelchair ummi. Kerusi masjid tu kitorang bg kat makcik tadi. Baru la senyap. Agaknya dia ingat ummi saje2 kot nak guna kerusi tu.

Actually, tak salahkan sepenuhnya makcik tu. Tau... memang dia orang kampung tu. Selama ni agaknya memang die sorang je yg guna kerusi tu. Tapi takleh ke cakap baik2? Bolehla kitorang usaha cari kerusi lain ke ape ke. Ni terus nak marah. Kita ni dah la orang luar. Syukuuur sangat wheechair ummi ade dalam kereta waktu tu. Kalau tak, tak taulah.

Ok. Habis da cerita pasal tu. Cerita seterusnya, tunggu post lain la ye. Penat dah menaip. Ekeke. ;)

Babai ∩_∩

Tuesday, September 30, 2014

Setelah 17 bulan.....

Assalamualaikum.. 😊😊

 Wahhh, banyaknya sarang labah2 dalam blog ni. Ehehe..

Akhirnyaaa, tanggal 1 oktober 2014, saya mula menconteng kembali blog saya ni. Setelah 17 bulan tak update!

Huhu. Saya pun tak tau kenapa boleh terstop tulis blog ni. Kadang2 rasa banyak nak menulis, tapi tak jadi. Pastu bila ade masa free nak memaip, takde idea pulak. Last2 takde update pape langsung.

Saya sedar diri (cewahh) yg blog saya ni blog picisan je. Hihi. Takde sesapa baca pun. Tapi takpelah. Bia saya sendiri yang baca. Mihmihmih 😂😂😂.
Sebab bila saya tgk balik post2 saya yg lama dari masa mula2 buat blog ni dulu, rasa happy. Teringat kenangan lama, yg saya dah hampir lupa pun. Tapi bila baca balik, baru teringat sume. Hihi.

Update terakhir saya ialah pada bulan Mei 2013. Haha, lama gila.. time tu still duk kat UKM lagi. Sekarang, dah hampir setahun grad. Bayangkan betapa BANYAAKK benda yang saya tak dapat coret dalam blog ni, termasuk saat2 manis berkonvo dgn kengkawan kat UKM tahun lepas. Sob 😭

Tapi takpelah. Yang lepas tu lepas lah.. Lepas ni, try la istiqamah cam dulu balik. Hihi.

Ok lah. Sampai sini je la dulu sebagai permulaan. Pasni kite update benda lain pulak k! ;)

Babaiiii 💓

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...