Wednesday, January 26, 2011

Rezeki Untukku...~

Hari ni, 10 januari 2011. Hari isnin, minggu keempat saya di UKM lepas masuk semester baru. Berbaki lagi 10 minggu untuk final exam. Rase kejap je. Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk exam kali ni. Tak nak ulang sejarah lama..huhu.. (T_T)

Kadang-kadang, time duk sorang-sorang, mesti teringat perasaan bila dapat keputusan permohonan UPU. Waktu tu, memang saya sangat-sangat berharap dapat masuk UKM. Sebab UKM memang first choice. Mulanya, saya nak apply UM untuk first choice, tapi takde pun tawaran untuk pengajian Islam dari UM. Yang ade, seni muzik dan yang sewaktu dengannya. Takkan nak ambik muzik pulak kan? Hehe.. So, UKM lah pilihan pertama saya. 

Saya ingat lagi, 4 pilihan pertama saya adalah UKM.
1. Syariah
2. Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
3. Dakwah dan Kepimpinan
4. Usuluddin dan Falsafah
Seterusnya, barulah saya letakkan Universiti lain. Kalau tak silap, pilihan seterusnya USIM (Usul Fiqh), pastu UNISZA (syariah), pastu UNISZA lagi (dakwah) dan yang akhir sekali, UIAM ( Fiqh dan Usul Fiqh).

Kalau perasan, banyak pilihan saya pasal syariah dan Fiqh. Hehe.. Memang kalau ikut minat, saya sangat minat dengan subjek2 syariah. Kalau dulu, mase form 5, saya suke sangat subjek PSI (pendidikan syariah Islamiyyah). Tak tahu la kenapa suke sangat. Mungkin sebab pernah bercita-cita nak jadi peguam kot..hihihi..=)

Akhirnya, bila dah dapat keputusan, saya dapat masuk ke UKM. Menitis air mata. Tak tahu nak cakap macam mana. Tak sangka pun ada, sebab result akhir diploma tak lah tinggi sangat.  Mungkin jugak berkat doa dari ummi dan ayah. Ingat lagi, bila bagitau kat ayah pasal keputusan tu, ayah happy sangat. Ayah cakap, saya ikut jejak langkahnya. 30 tahun dulu, ayah pun belajar kat UKM. Tapi ayah dari fakulti sains sosial. Kebetulan pulak, dulu ayah pun duduk kat kolej saya jugak. Kolej Dato’ Onn, yang dulunya dipanggil kamsis dato’ onn. Rasa kelakar pulak. Mujur tak jadi ahli PERMATA (Persatuan Mahasiswa Terengganu) sekali. Kalau tak, sama lah dengan ayah lagi. Huhu.. =)



Time excited tu, tak tengok lagi dapat course ape. Bile tengok, Alhamdulillah.. Dapat pilihan ke-2. Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun rasa agak tak percaya, tapi saya mempercayakan jugak lah. (err,betul ke ayat ni??) Dapat course QS ni pun, best jugak. Mungkin ada hikmahnya kenapa saya tak dapat course syariah. Mungkin kalau saya dapat course syariah, saya tak dapat bawak ke. Atau ape2lah sebab kenapa Allah tak bagi saya dapat syariah tu.. Masa kat DQ pun, tak boleh jugak ambik syukbah syariah sebab mase 2, DQ baru ade 2 syukbah. Qiraat dan Dakwah. Dulu sampai pernah rasa menyesal masuk awal. Kalau masuk lambat sikit, mesti dapat ambik syukbah syariah. Tapi kejap je perasaan tu datang. Bila saya fikir2 balik, mesti ada hikmahnya saya tak dapat ambik syukbah syariah.

Bile dapat UKM, sekali lagi, saya tak dapat bidang syariah. Tak apalah. Dapat masuk UKM pun dah 1 rahmat untuk saya. Thank you Allah..=)

Mule2, blaja dlm bidang Quran Sunnah ni, rasa x faham..Nak blaja pasal ape sbnrnye ni? Huhu..Tapi, ikut je la.. Lame2, bile da blaja, dengan lecturer yang sangat best, rase seronok pulak. Rasa bersyukur sebab dapat course ni.. banyak benda baru yg saya dapat..Lecturer plak sumenye hebat2.. Alhamdulillah.. Inila h rezeki untuk saya..Kalau boleh, nak kutip sebanyak-banyaknya ilmu dari mereka..(^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...