Saturday, December 29, 2012

Ke Penghujungnya.




Bismillah...

Assalamualaikum semua. sekarang jam di desktop saya ni ialah pukul 3.09 pagi. Ulang ya. PAGI. hehe..

Jangan ditanya kenapa pukul 3 pagi macam ni saya masih tak tidur. Ini semua angkara exam yang akan menghampirkan dirinya kepada saya. (err, ayat ape ni?)

Ya, betul. Exam dah makin hampir. First paper saya ialah pada 2 Januari tahun depan. Dengar tahun depan tu, macam lama je lagi ek? Padahal lagi 2 hari je.. huhu.. Cuak betul. Dahla subjek Sejarah & Tamadun Islam. Hadooiii.. botak kepala nak ingat sume fakta. Memang tabik laa kat budak2 yang amik major Sejarah dan Tamadun ni.. Boleh tahan dorang mengingat tarikh, nama tokoh, dan sume yang pelik2 lagi.. Nasiblaaa ini subjek terakhir pasal sejarah2 ni.. huh.

Sebagaimana yang kita semua tahu, 2012 akan pergi tak lama lagi. Ade ke yang tak tau? yang tak tau tu adelah. Antara 2 je. Sama ada dia tu seorang baby atau ______________. (isi ruangan kosong).


Sekarang dah 30 Disember. Esok 31. Lusa dah new year. see? tak lama dah. Tak sangka. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat hidup kat saya, kat dia, dan kat awak juga. Ofkos la kat awak skali kan, kalau tak takkan awak boleh baca entry ni pulak kan? hehehe.. ;)

Saya sedikit kesal sebenarnya. Sebab impian saya yang saya nak laksanakan pada tahun ni tak tercapai. Nak capai apenye kan kalau dah tinggal sehari ni. Impian apa? Hmmm.. banyak impian. Takleh la bagitau. Rahsia saya tu.. hehe.. :P

Saya tak pasti jugak sebab apa tak tercapai tu.. Yelahh.. yang pertamanya, tentulah sebab Allah tak izinkan. Itu memang yang utama lah, sebab semua benda takkan terjadi kalau Allah tak izinkan. betul x? huhu.. Tapi sebab lainnya tu saya tak tau.. Sepanjang tahun 2012 ni, dari bulan Januari saaaaaaampaila ke bulan Disember ni, saya berusaha laksanakan kesemua impian saya tu. Tapi, cuma 2-3 sahaja yang dapat disetelkan sebelum masuk 2013, antaranya menyelesaikan presentation sebelum minggu ke 13. Hahahahaha.. :D

Okeh. tak lawak ye hajare. Sila gelak sendiri.

Hmm, mungkin penyakit malas dan cepat berputus asa adalah puncanya. kalau camtu, tahun 2013 ni, azamnya 'TAK NAK MALAS' dan 'TAK NAK BERPUTUS ASA' lah. sebab kalau dapat laksanakan azam ni, insyaAllah, impian2 yang dulu akan tercapai. Kan kan kan???? :D

Ok lah. Tak baik berlama2 di alam maya. Nanti merajuk pulak buku2 atas katil tu. Tu belum masuk yang kat atas rak tu lagi.. Haihhhhh..

"Sabar hajare.. Sabar.. Jangan Mengeluh." Kata hati. hehehe.

Lastly......







































































HAPPY NEW YEAR 2013! in advance ~


Friday, December 28, 2012

Alkisah Rooftop Prince.... :)

Assalamualaikum. 

Hari ni entry K-pop. boleh? heeee ~

Saya baru khatam tengok movie ni.








Rooftop Prince!



Okeh, silakan gelak. memang saya ketinggalan pun. orang lain dah lama tengok, saya baru abes. haha.

Anyway, ini kali pertama saya update pasal citer korea. sebab saya rasa movie ni lain dari yang lain. sweet, kelakar, sedih.. sume ade. Kalau part kelakar tu, kelakar sangat. part sedih tu, sampai banjir bilik. huhuhu..

Citer ni bukanlah movie korea yang pertama saya tengok. Sebelum ni dah banyak. tapi saje2 rase nak update citer ni.. hehe.. Movie pertama saya tengok, kalau tak silap full house. time kat DQ dulu.. haha, bagus tak, tgk movie korea kat DQ? ish ish ish ish ish.... (8 juta kali, tapi tak larat nak taip)



Yup, memang full house citer first saya tengok dari mule2 start sampai habes. walaupun citer ni kua tahun 2004, tapi tahun 2010 baru saya tengok. haaa.. 'up to date' tak saya? -_-

Citer Winter sonata, autumn in my heart, stairway to heaven.. sume saya tak habes tengok sampai sekarang walaupun dipaksa oleh kawan saya supaya tengok jugak sampai abes. tapi nasihat kata2 die tu ibarat angin lalu je.. tak tau kenapa. huhu.. :P

Ok. Berbalik kepada citer Rooftop tadi.

Malas nak citer pasal sinopsis citer ni. nak tau, tengok kat wiki pun bole. hihi. Just nak citer pasal pelakon die. Ini first time filem yang saya minat lelaki yang bukan hero utama.


Ni Yong Sul. nama sebenarnye, ntah ape ntah. lupe nak gugel. suke die sebab die kelakar. Padahal garang, tapi baik hati. err, camane nak describe betul2 ek? hmmm.. die ni pahlawan.. teror lawan2 pedang. tapi sangat2 laaaaa suweeeeeet... hehe..

Tengok ni.




Sukaaaa sangat tengok die senyum camtu.. hahaha.. :D




Gambar ni sumpah smart giler.. *_____*



Movie ni sangat best! kenapalah saya lambat tengok. padahal dah ramai kawan2 suruh tengok, tapi dok biarkan je terperap dalam hard disk. kalau tau macam ni punye best, dah lama tengok.. huhu..

Hero utama cite ni nama tae yong. Die ni smart gak. pandai belakon, kelakar.. Tapi kelakar die takleh lawan kelakar yong sul.. hihihihi.. nak gak menangkan yong sul. :P

Part yang paling sedih sepanjang saya tengok citer ni time sorang2 mula hilang tu. pastu time baca surat tu.. memang touching sangat2. menangis sampai menitik2 air mata ni.. ish ish ish ish ish (lagi 8 juta kali)

Ok lah.. malas dah nak tulis. tepek gamba je lah..heeee. ~







Last skali.......





































































Nah! Setepek lagi gamba Yong Sul. Besaaaaaaaar punye. hahaha.. :D



babai.. ^_____^


Wednesday, December 26, 2012

JAWATAN KOSONG

Jawatan Kosong di SAYANG AULAD CENTRE,Taman Maluri,Kuala Lumpur.

Jawatan 1: Guru Pra-Sekolah.
Kelulusan: Diploma/Ijazah (kelulusan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak satu kelebihan).

Jawatan 2: Pengasuh Taska (Wanita)
Kelulusan: Sijil/SPM/Setaraf

*Tawaran gaji yang menarik
*Bagi jawatan pengasuh, makanan disediakan bagi yang berminat.
*Berminat dan sayang pada kanak-kanak.
*Muslimah menutup aurat.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Sayang Aulad Centre: 03-92811981
Hajjah Marsita Abdullah : 013-2021737
Ustaz Umar Bin Mohamad Noor : 013-2332872
Ustazah Siti Hajar Bt Mohamad Noor : 013-2785998

Thursday, November 8, 2012

Jangan Benci......


Bismillah....

Dah lama takde entry baru ni.. macam dah kekok nak mulekan.. hehe.. :)

Bulan 10 yang lepas, takde pun update.. sebenarnye, nak update pasal celebrate birthday kat Melaka, tapi asyik tak sempat je, last2, masuk bulan 11 baru boleh update.. hmmm..~

Kan tahun lepas, saya ada bagi cupcake untuk classmates saya sorang satu time birthday kan, tapi tahun ni, tak bagi pun. Just bagi cekelat Ferrero Roche je kat kawan2..Tu pun tak bagi semua. Bagi kat budak Hadith je. Tak cukup nak bagi kat budak tafsir sekali..

Nak buek camno?? duit tak cukup nak beli banyak2.. hehe.. ;)

Okay. tajuk hari ni ialah jangan benci. (macam nak mengajar pulak)

Jangan membenci ape yang kite rase kite tak suka. Tak suka takpe, tapi jangan anti atau benci giler2 kat sesuatu tu. Sebab ape???

Sebabnye, nanti jadi macam SAYA! (haaa, bold sikit bia jelas. hehe)

Saya ni dulu bukanlah pencinta Hello Kitty mahupun warna Pink. Tapi sekarang??? Boleh kate peminat tegar 2 benda tu.. Kat rumah tu, berlambak Hello Kitty. Toys, beg, pencil case, pen, henset dan macam2 lagi.. sumenye Hello Kitty dan Pink!

Inilah yang dinamakan KARMA..



Itulah... dulu benci.. Bile nampak ade orang suke pink, rasa menyampah. sebab time tu, dah set dalam kepala, warna pink hanyalah untuk wanita2 yang lemah lembut dan yang paling penting, gedik! Oh, sungguh keji persepsi waktu tu.. sekarang diri sendiri dah 'ter'suke, haa, nak buat camane?

Saya rasa benda ni tak berlaku pada saya sorang je.. mesti ramai yang jadi camni. Dulu sangat2 benci, sekarang sangat2 suka.. sebab tulah ade hadith kan yang suh kite suka atau benci sesuatu tu sekadarnye je, sebab tak mustahil 'sesuatu' yang kite suka tu akan jadi benda yang paling kite benci dan sebaliknye lah.

Nanti jadi macam gambar kat bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






HEHE...



p/s:: Pandai2 lah jaga hati masing-masing ye.. ^__^


Wednesday, September 12, 2012

A New Beginning.. ^__^



Assalamualaikum semuee.. :)


Hari ni hari kedua saya di UKM sebagai seorang super senior. haha.. walaupun nampak macam riak, tapi sebenarnye tak pun.. hihi..


Ini Super Junior. Saya, up lagi. Super Senior. hahahaha. =D


Dah 2 bulan berlalu, saya kini memulakan pengajian bagi semester 5 di UKM. Dah lama tak jadi student, blurr jugak seketika bile Dr. mengajor tadi..hikhik. Tak sangka Dr. Latifah ngan Us. Azimul sangant rajin buat kuliah di minggu pertama ni.. huhu.. Tapi takpelah.. Kate dah final year, kena la bersungguh sikit. Ye tak? hehe..


Sebelum ni, saya berpraktikal kat satu syarikat ni, nama Abad Sinergi Sdn. Bhd. Kat seksyen 7, bangi. Sekarang dah abes, sambung pulak kuliah lagi 2 sem.


Ramai pelik, dah abes praktikal, maksudnye dah abes study la ye?


Bukan. Saya tak abes study lagi. Ade berbaki lagi setahun. Memang budak2 pengajian Islam kat UKM ni praktikal tahun ke-2, lepas abes semester 4. Tak tahu lah ape sebabnye pelik dari yang lain, tapi rasenye memang dah dari dulu2 lagi camni. huhu

Ok, sebenarnye, saya dah lari tajuk ni. haha. Saya nak cerita permulaan baru dalam hidup saya sebagai pelajar tahun akhir kat UKM ni.(oh, sangat bajet. )


Hari Isnin dan selasa yang lalu, saya still duk kat rumah lagi. Sebabnye... biaselah. awal2 ni sume class takde lagi. So, hari ni baru saya datang UKM. First thing yang saya buat lepas abes kelas Ilmu Rijal tadi ialah beli barang2 keperluan kat Econsave bangi nun, pastu terus kemas bilik baru saya yang lawa.. haha.. sila jangan jeles. :P


Setelah sem akhir di UKM ni, barulah saya dapat bilik lawa yang katil-meja-almari satu set kaler pink. Hehe..


Dulu, masa tahun 1, saya duk kat Kolej Dato' Onn. Bilik besar, yuran murah, dekat dengan fak, tapi tak tau kenapa.. Hati saya tak seronok duk kat situ. Last2, saya apply kolej lain iaitu Kolej Ungku Omar. saya apply bilik flatlet - bilik sorang - takde rumet.


Jadinye, tahun 2 saya berpindah lah ke KUO ni. Best sebenarnye duk kat bilik tu, tapi bapaklah tinggi punye tangga. Setelah dikira2, ade lah lebih kurang 80 anak tangga yang saya kena daki baru sampai ke bilik. Yang tu ok lagi, bolehla excersice sambil2 turun naik gi kelas. Tapi, yang tak syoknye, kat blok tu jugaklah banyak cik nyet a.k.a. cik Monkey yang datang mengganas. Selaluu sangat saya naik bilik dengan keadaan takut dan berdebar2. Kadang2, kalau 'bernasib baik', boleh jumpa si khinzir hutan lagi... haaa, sopan sikit bunyinyee.. Mane tak takut. Sebab tu kadang2 saya lebih suka balik rumah dari duk kolej. Tak sanggup meredah makhluk yang ganasssss tersebut.. huhu..


Hajat di hati, tahun 3 ni nak tukarlah kolej lain balik. Tapi memikirkan banyak prosedur kena lalui, jumpe pengetua kolej lah, ape lah, saya tak jadi lah nak tukar kolej. Stay je lah kat KUO ni.. Tawakal je,moga2 dapat bilik yang elok..


Sampai lah satu hari ni, course mate saya post dalam FB yang bilik kolej dah boleh disemak secara online. Saya pun tanpa tunggu 3 minit, terus bukaka link yang die bagi tu.. Tengok2, dapat bilik 203, blok 8B. Mule2 tak tau blok celah mane, sebab dulu dapat blok 8X - blok hujung dunia. So, saya pun bukakla laman web KUO, tengok pelan. Rupa2nya, saya dapat blok baru yang telah di- renovate dan dicat baru.. Bukan itu sahaja, malah blok tersebut berada di kedudukan hadapan dan jauh dari hutan belukar.. Haha.. Bestnyeee.. Syukur Alhamdulillah. :D


Jadinye, saya datang ke UKM dengan hati yang girang dan riang gembira mengenangkan bilik yang cantik dan selesa tanpa gangguan makhluk2 yg dikhabarkan di atas. Huhuhu.. ;)


So sekarang, saya lebih yakin dan bertenaga untuk memulakan tugasan membuat esaimen dan perlahan-lahan merangka tesis untuk sem 6 nanti.. haha.. *ayat skema mintak penumbuk*


Harapan saya, semoga saya akan lebih bersungguh-sungguh di sem yang baru ni. Kalau boleh, nak naikkan lagi pointer dan dapat anugerah dekan untuk 2 sem yang masih berbaki ni.. Amiiinn... ~

Friday, September 7, 2012

Colours

Assalamualaikum. :)

Saya kat ofis sekarang ni. Oleh kerana tak ade kerja yang nak kena buat, saya pun merajinkan diri untuk meng-update blog ni. Hm, sampai sekarang masih tak mampu buat lebih dari 1 entri dalam sehari. Otak beku. hehe. Yelah, kang update banyak2, termengarut ntah ape2 pulak. So, baik buat 1 je.. Less is better. Eh, sesuai ke?

Sebelum ni, saya ade update pasal pernikahan kawan saya. Tema kahwinnya kaler pink. Tetibe bile teringat, saya rasa nak tulis pasal kaler pulak. Yelah, asyik tulis pasal kisah hidup je. Pasal kisah2 rekaan je. Tuka pulak, tulis pasal fact. haha. Fact la sangat.

Berbalik pada tajuk di atas. It's about colours.



Maaf. Saya tak berniat nak mempromot brand Luna atau Farber-Castell. Saya cuma nak bercerita2 je.. hehe..

Sekarang ni, kalau kite tengok dalam majalah2, mesti ade bahagian fesyen kan. Dan lately, banyak fesyen baju yang model2 pakai sume nye warna yang striking dan ade jugak mixed colour yang mana kaler2 tersebut amat kontra. Nampak macam tak sesuai, tapi bile dah jadi trend, nampak cantik pulak.

Saya dah terlebih rajin buat kajian.. so, dapat la banyak gamba.. cube kite tengok 1-1.. hehe :)


1. PINK + BLUE

Kaler pink + biru ni memang sangat2 menjadi trend sekarang.. orang kawen pun selalu gune tema ni. dulu kite akan rasa pelik, tapi sekarang dah tak.. makin nampak cantik je bile ramai dah mix kaler camni.




oh maaf. abaikan pose model ini yang sangat tak senonoh.. hehe..

focus pada gaunnye sahaje ok







2. BLUE + YELLOW









Walaupun 2-2 warna terang, tapi bila tengok balik, sangat cantik. nak2 orng yang berkulit putih pakai. lagi terserlah cantiknye..macam diorang kat bawah ni..
























hahaha.. cantik kan. entah kenapa saya suke gamba raya kelurga aaron ni.. tapi aaron pakai rantai pulak dalam gamba ni.. terus x hensem..





3. PURPLE + ORANGE

The Bridesmaid


Heels yang sangat cantik. tapi kalau saya pakai, mahunye jatuh cium lantai..huhu..


tempting??




See? cantik kan? kadang2 tak terfikir nak gabungkan kaler ungu ngan oren ni.. tapi bile dah gabung, subhanallah.. cantik!





4. PINK + GREY








Kombinasi warna ni pun dah ramai orang gune untuk buat kad, wedding.. 2-2 kaler nampak pucat dan pudar, tapi bile dah combine, jadi berseri.. :)





5. GREEN + BROWN









Macam warna lumut. Tapi tetap cantik. Lelaki pun boleh try. Pakai baju melayu hijau, sampin brown. Mesti Hensem! =)






6. PURPLE + YELLOW 

Lebih kurang macam biru + kuning tadi. Tapi yang ni nampak lebih manis.


Very the beautifullll..!!



Dapat bilik tidur camni, memang heaven lah.. hehe








7. GREEN + PINK

"Ape??! Pink ngan hijau?? Buang tebiat ke ape ni??"

Mungkin inilah yang akan dikatakan oleh pasangan kite atau mak kite kalau nak gune tema ni sebagai wedding theme. tapi ce try dulu.. cantik ape..


nampak? tumbuhan pun ade Allah buat kaler hijau+pink..







Tapi gabungan warna ni, saya rasa lelaki kurang sesuai. sebab gabungan warna ni nampak sweet sangat. so, kalau nak gune jugak, pilih kaler pink atau hijau yang dark sikit..hehe.. aku ni bajet reti je.. :P







8. ORANGE + GREEN


@__@






Salah satu warna jangan gune yang striking2 sangat. Gune kaler lembut, kalau oren, gune macam peach tu.. kalau hijau, gune hijau epal tu.. haa.. baru cantik. :)






9. PURPLE + GREEN

Kombinasi hijau dengan ungu ni saya tak berapa minat sebenarnye. tapi ok lah kalau digabungkan.. Tak nampak cacat pun.. Cuma bagi saya, nampak gelap, kelam.. Tak berapa menarik.










Sebenarnye, terpulang kepada individu laa nak gabung warna apa pun.. Kalau kita pergi kenduri kawen yang gune tema mix colour yang pada kita mungkin tak cantik. Tapi pada pengantin tu, itulah warna yang paling die suke.


Nanti, kalau ade mane2 bakal pengantin, yang tengah pening tak tau nak pakai baju kaler ape, bolehla try kaler2 kat atas tadi. hehe..

oklah, Assalamualaikum... :)


:: Gambar2 kat atas tu sumenyee atas ihsan gugel ye.. bukan saya yang snap sendiri.. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...