Friday, September 7, 2012

Colours

Assalamualaikum. :)

Saya kat ofis sekarang ni. Oleh kerana tak ade kerja yang nak kena buat, saya pun merajinkan diri untuk meng-update blog ni. Hm, sampai sekarang masih tak mampu buat lebih dari 1 entri dalam sehari. Otak beku. hehe. Yelah, kang update banyak2, termengarut ntah ape2 pulak. So, baik buat 1 je.. Less is better. Eh, sesuai ke?

Sebelum ni, saya ade update pasal pernikahan kawan saya. Tema kahwinnya kaler pink. Tetibe bile teringat, saya rasa nak tulis pasal kaler pulak. Yelah, asyik tulis pasal kisah hidup je. Pasal kisah2 rekaan je. Tuka pulak, tulis pasal fact. haha. Fact la sangat.

Berbalik pada tajuk di atas. It's about colours.



Maaf. Saya tak berniat nak mempromot brand Luna atau Farber-Castell. Saya cuma nak bercerita2 je.. hehe..

Sekarang ni, kalau kite tengok dalam majalah2, mesti ade bahagian fesyen kan. Dan lately, banyak fesyen baju yang model2 pakai sume nye warna yang striking dan ade jugak mixed colour yang mana kaler2 tersebut amat kontra. Nampak macam tak sesuai, tapi bile dah jadi trend, nampak cantik pulak.

Saya dah terlebih rajin buat kajian.. so, dapat la banyak gamba.. cube kite tengok 1-1.. hehe :)


1. PINK + BLUE

Kaler pink + biru ni memang sangat2 menjadi trend sekarang.. orang kawen pun selalu gune tema ni. dulu kite akan rasa pelik, tapi sekarang dah tak.. makin nampak cantik je bile ramai dah mix kaler camni.




oh maaf. abaikan pose model ini yang sangat tak senonoh.. hehe..

focus pada gaunnye sahaje ok







2. BLUE + YELLOW









Walaupun 2-2 warna terang, tapi bila tengok balik, sangat cantik. nak2 orng yang berkulit putih pakai. lagi terserlah cantiknye..macam diorang kat bawah ni..
























hahaha.. cantik kan. entah kenapa saya suke gamba raya kelurga aaron ni.. tapi aaron pakai rantai pulak dalam gamba ni.. terus x hensem..





3. PURPLE + ORANGE

The Bridesmaid


Heels yang sangat cantik. tapi kalau saya pakai, mahunye jatuh cium lantai..huhu..


tempting??




See? cantik kan? kadang2 tak terfikir nak gabungkan kaler ungu ngan oren ni.. tapi bile dah gabung, subhanallah.. cantik!





4. PINK + GREY








Kombinasi warna ni pun dah ramai orang gune untuk buat kad, wedding.. 2-2 kaler nampak pucat dan pudar, tapi bile dah combine, jadi berseri.. :)





5. GREEN + BROWN









Macam warna lumut. Tapi tetap cantik. Lelaki pun boleh try. Pakai baju melayu hijau, sampin brown. Mesti Hensem! =)






6. PURPLE + YELLOW 

Lebih kurang macam biru + kuning tadi. Tapi yang ni nampak lebih manis.


Very the beautifullll..!!



Dapat bilik tidur camni, memang heaven lah.. hehe








7. GREEN + PINK

"Ape??! Pink ngan hijau?? Buang tebiat ke ape ni??"

Mungkin inilah yang akan dikatakan oleh pasangan kite atau mak kite kalau nak gune tema ni sebagai wedding theme. tapi ce try dulu.. cantik ape..


nampak? tumbuhan pun ade Allah buat kaler hijau+pink..







Tapi gabungan warna ni, saya rasa lelaki kurang sesuai. sebab gabungan warna ni nampak sweet sangat. so, kalau nak gune jugak, pilih kaler pink atau hijau yang dark sikit..hehe.. aku ni bajet reti je.. :P







8. ORANGE + GREEN


@__@






Salah satu warna jangan gune yang striking2 sangat. Gune kaler lembut, kalau oren, gune macam peach tu.. kalau hijau, gune hijau epal tu.. haa.. baru cantik. :)






9. PURPLE + GREEN

Kombinasi hijau dengan ungu ni saya tak berapa minat sebenarnye. tapi ok lah kalau digabungkan.. Tak nampak cacat pun.. Cuma bagi saya, nampak gelap, kelam.. Tak berapa menarik.










Sebenarnye, terpulang kepada individu laa nak gabung warna apa pun.. Kalau kita pergi kenduri kawen yang gune tema mix colour yang pada kita mungkin tak cantik. Tapi pada pengantin tu, itulah warna yang paling die suke.


Nanti, kalau ade mane2 bakal pengantin, yang tengah pening tak tau nak pakai baju kaler ape, bolehla try kaler2 kat atas tadi. hehe..

oklah, Assalamualaikum... :)


:: Gambar2 kat atas tu sumenyee atas ihsan gugel ye.. bukan saya yang snap sendiri.. hehe..

Friday, August 31, 2012

Dia sudah jadi 'Puan' .. :')

Assalamualaikum semua.. harap2 anda SEMUA sihat dan ceria di hari kemerdekaan ni.. (semua tu bajet cam ramai je yg bace blog aku.. hehe)

Sekarang ni musim kawan2 berumahtangga. kawan sekolah rendah, sekolah tinggi, sekolah U.. semua dah nak kahwin.. Alhamdulillah. dah sempurna sebahagian agama.. :)

kali ni, saya nak update tentang pernikahan sahabat saya yang saya pernah cerita pasal pertunangannya dulu kat entri INI. nak tau sape?

















 TA - DA !!



Inilah kawan saya. Siti Syakirah binti Mohammad Ariff atau lebih senang, saya panggil Kay je.. kawan se-DQ dulu.. sangat ayu dalam persalinan pengantinnya. kan?

Time ni kitorang duk ramai2 bersesak dalam bilik pengantin.. tengah nervous sebenarnya kay ni, sebab pengantin lelaki dah sampai..hehe..sorrylah ye kay, mu tengah nervous, kitoramg duk sibuk nak amik gamba.. :)

Sebelum ni, saya memang pernah berhajat nak pegi wedding kawan2 awal. Means, bukan datang time walimahnye, time sebelum akad, sebelum pakai inai.. sebab teringin nak tolong kawan2 buat persiapan. Dulu, saya teringin nak pegi tolong kawan saya, Anis kahwin, tapi time tu saya baru daftar masuk UKM.. sibuk berorientasi, jadi tak boleh nak gi majlis Anis.. Tapi akhirnya, tercapai jugak impian saya untuk pegi tolong Kay nikah..

Saya sampai kat rumah Kay kat terengganu hari jumaat pagi.. Sehari sebelum walimah.. Malamnye tu, majlis akad nikah. so, saya sempat la tolong Kay kemas rumah sikit2, tolong tengok Kay pakai inai, jahit tudung pengantin.. tapi tak banyak sangat pun tolongnye, sebab banyak bende memang dah sedia siap.

Sebelum majlis akad nikah lepas isyak, saya dan kawan2 lain dari DQ keluar kejap cari hadiah untuk pengantin. bile dah keluar ramai2 ni, tak sah laa kalau tak bergamba kan? nak2 kitorang yang susah nak jumpe ni.. hihi..


yang dalam troli tu adalah hadiah untuk Kay.. :)








Kitorang sampai rumah Kay time Maghrib.. pas siap2, teman kay menunggu pengantin lelaki dalam bilik pengantin.. habis satu bilik tu dipenuhi dengan kitorang je.. :)






kay dan adik2nye -Amirah dan Ain







Lepas dah selesai akad nikah dan sembahyang sunat, sesi pembatalan air sembahyang.

Eh, lupe nak kenalkan pengantin lelaki. Dah panjang berjela baru nak memperkenalkan. hihi.. Nak kenal, tengok bawah.......






































Haa.. itu dia pengantin lelaki..Gambar tak berapa clear sebab gune kamera picisan, cuma 2 megapixel. hehe.. ;)

Pengantin lelaki ialah Abdul 'Alim Zakaria. Orang terengganu kenal sangat kot. :))




Majlis selesai dalam pukul 12 malam lebih kurang. Walimahnye ialah pada esoknye iaitu hari Sabtu. Warna tema ialah PINK! sangat cantik dan lovely gitu.. !










 Seterusnya, biar gambar saja berbicara ye.. (padahal malas nak menulis.. hehe..)



ini namanya amik berkat.. :)

pengantin baru & pengantin 2 bulan :)




Macam tangga. -.-'





Seterusnya, gambar lagi.. hikhik.. :)

sebelum menjamu selera, bergambar tengah panas..

pengantin makan dengan segan silu.. hehe


doorgift untuk kami.. cekelat Kay buat sendiri tuh.hihi

rumet Kay (berbaju kelabu) pun datang dari kelate..

Anis yang saya ceritakan kat atas tadi ialah yang berbaju hijau tu.

Pengantin takde, kitorang pulak yang mendominasi pelamin. hehe.




Alhamdulillah.. dah takde dah gamba nak tepek. Yang ini je lepas dari penapisan.. hehe..

Rasa happy bile sahabat sendiri dah lepas.. Tak sangka pun ye.. punyelah dulu Kay ni gile2.. Dah kahwin pun.. :)

Kepada Kay, harapannya, semoga rumahtangga yang dibina diberkati Allah SWT selalu dan berkekalan hingga ke syurga. Cepat2 dapat baby, supaya senang aku nak buli nanti. hehe.. :)







:: Jangan tanya bile turn saya. Assalamualaikum. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...