Sunday, January 4, 2015

Welcome 2015!

Assalamualaikum sume ^_^
Ini adalah post pertama hajare dalam tahun ni. Hiks.

Dua bulan tak update blog. Hmm hajare... hajare...

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru 2015. Secara tak officialnya, saya dah pun masuk kategori wanita dewasa umur 25 tahun. Hihihi.. rase macam tak caye je. Masak pun tak power lagi. Hiks :p

Tapi takpelah.. slow2 boleh belajar kan? Hee.. boleh la masuk dlm list azam tahun baru - nak pandai masak!

Bercerita tentang azam tahun baru, tahun ni saya punye azam ialah nak laksanakan azam tahun lepas 2014 yg tak terlaksana lg; antaranya ialah mendapatkan berat badan ideal. Cewah. Hehe. Selain tu, nak meningkatkan taraf ekonomi, nak jadi kaya, nak meningkatkan mutu kerjaya, dan nak kahwin. Hehe. Yelah, rugi je buat azam baru tp yg lama punya belum pun tertunai kan. Harap2nye berjaya lah. Hihi *^▁^*

Setakat hari ni, dah dapat lebih kurang 5 jemputan walimah dr kengkawan dan kenalan. Tetiba ada satu perasaan menusuk zuppp dlm hati. Hahahaha.. tak tahan gila ayat! Lol. :p
Bukan perasaan apa pun, cuma terfikir nanti tinggal aku sorang je la yg tak kawen. Huhu. Ntah ape2 je perasaan tu. -_-

Tapi actually, saya bukannya desperate sgt pun. Baru 25 kot... Dah Allah tetapkan jodoh saya belum sampai lagi, so saya takde la kisah sangat. Jodoh pertemuan di tangan-Nya. InshaAllah bila tiba masanya, ade lah tu.

Lagipun, bila dah semakin dewasa ni (cewahh) dah tak berapa fikir pasal tu. Dulu masa umur 18, 19 rasenye lagi selalu fikir pasal kahwin2 ni. Mcm kelakar je, tak padan dgn kecik dah pikir kawin. Haha. Agaknya fikiran kita sekarang dah makin matang dan sekarang ni dah banyak benda nak kena fikir. Dulu, belum kerja. Tau makan tido makan tido je. Sebab tu fikiran asyik berkhayal je. Haha.Skrg ni, dah busy takdelah asyik nak sedih2 je fikir bilee lah aku nk kawin. Huhu.

Ok lah. Stop citer pasal kawin.

Sekarang, kita cerita pasal kerja pulak. Sejak habis study kat UKM 2 tahun lepas, saya dah full day take over taska ummi saya yg dah ditubuhkan sejak 1991. Haaa, saya umur setahun masa tu. Macam2 ujian, onak duri, mehnah dan tribulasi (cewahhh ayat!), ombak dan badai yg melanda perniagaan kami ni, tapi Alhamdulillah dengan bantuan Allah, taska kitorang masih kukuh berdiri. Walaupun takde bukak banyak cawangan, tapi memadai lah. Daripada bukak cawangan bebanyak, pastu kualiti tak bagus, tak boleh jugak. So, baik bukak 1 je, so boleh tumpu 100% kat situ je. Kan?

Sekarang ummi dah 59 tahun. Memang dah smpai masanya ummi bersara. Duduk rumah, main dgn cucu, duduk minum kopi kat taman bunga... sebab dah lama sangat ummi bekerja. So, ni lah masanya saya pulak yg busy bekerja. Huhu. Tulah harapannya tahun ni, saya dapat jaga taska saya tu macam mana yg ummi jaga dulu atau lebih baik lagi. Banyak lagi nak kena belajar.. Nak kena belajar bersabar, tak cepat putus asa, macam2 lagi lah. Lagipun, ni bisnes keluarga. Ummi pernah cakap, siapa lagi yg nak sambung bisnes ni kalau bukan anak2 ummi? So, saya pun fikir.. betul jugak. Nak harap kat siapa lagi kan? Jadi nak tak nak saya kena belajar mencintai kerja saya ni. Walaupun susah, kena jugak. Lama2 mungkin rasa susah sbb asalnya ni bukan minat kita yg utama kan... tapi harapnya, lama kelamaan, rasa suka dan cinta tu akan datang sendiri.∩__∩


Hmm ok lah.. smpai sini je lah post kali ni. Semoga tahun 2015 ni, jadi tahun yang PALING BESTTTT utk kite semua. Huhu. Bebila inshaAllah saya update lagi.

Bye *^▁^*

2 comments:

  1. Best blog....tadika ustazah sgt bagus...smg kalian berjaya di dunia dan akhirat...aamiinn

    ReplyDelete
  2. Best blog....tadika ustazah sgt bagus...smg kalian berjaya di dunia dan akhirat...aamiinn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...