Saturday, December 29, 2012

Ke Penghujungnya.




Bismillah...

Assalamualaikum semua. sekarang jam di desktop saya ni ialah pukul 3.09 pagi. Ulang ya. PAGI. hehe..

Jangan ditanya kenapa pukul 3 pagi macam ni saya masih tak tidur. Ini semua angkara exam yang akan menghampirkan dirinya kepada saya. (err, ayat ape ni?)

Ya, betul. Exam dah makin hampir. First paper saya ialah pada 2 Januari tahun depan. Dengar tahun depan tu, macam lama je lagi ek? Padahal lagi 2 hari je.. huhu.. Cuak betul. Dahla subjek Sejarah & Tamadun Islam. Hadooiii.. botak kepala nak ingat sume fakta. Memang tabik laa kat budak2 yang amik major Sejarah dan Tamadun ni.. Boleh tahan dorang mengingat tarikh, nama tokoh, dan sume yang pelik2 lagi.. Nasiblaaa ini subjek terakhir pasal sejarah2 ni.. huh.

Sebagaimana yang kita semua tahu, 2012 akan pergi tak lama lagi. Ade ke yang tak tau? yang tak tau tu adelah. Antara 2 je. Sama ada dia tu seorang baby atau ______________. (isi ruangan kosong).


Sekarang dah 30 Disember. Esok 31. Lusa dah new year. see? tak lama dah. Tak sangka. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat hidup kat saya, kat dia, dan kat awak juga. Ofkos la kat awak skali kan, kalau tak takkan awak boleh baca entry ni pulak kan? hehehe.. ;)

Saya sedikit kesal sebenarnya. Sebab impian saya yang saya nak laksanakan pada tahun ni tak tercapai. Nak capai apenye kan kalau dah tinggal sehari ni. Impian apa? Hmmm.. banyak impian. Takleh la bagitau. Rahsia saya tu.. hehe.. :P

Saya tak pasti jugak sebab apa tak tercapai tu.. Yelahh.. yang pertamanya, tentulah sebab Allah tak izinkan. Itu memang yang utama lah, sebab semua benda takkan terjadi kalau Allah tak izinkan. betul x? huhu.. Tapi sebab lainnya tu saya tak tau.. Sepanjang tahun 2012 ni, dari bulan Januari saaaaaaampaila ke bulan Disember ni, saya berusaha laksanakan kesemua impian saya tu. Tapi, cuma 2-3 sahaja yang dapat disetelkan sebelum masuk 2013, antaranya menyelesaikan presentation sebelum minggu ke 13. Hahahahaha.. :D

Okeh. tak lawak ye hajare. Sila gelak sendiri.

Hmm, mungkin penyakit malas dan cepat berputus asa adalah puncanya. kalau camtu, tahun 2013 ni, azamnya 'TAK NAK MALAS' dan 'TAK NAK BERPUTUS ASA' lah. sebab kalau dapat laksanakan azam ni, insyaAllah, impian2 yang dulu akan tercapai. Kan kan kan???? :D

Ok lah. Tak baik berlama2 di alam maya. Nanti merajuk pulak buku2 atas katil tu. Tu belum masuk yang kat atas rak tu lagi.. Haihhhhh..

"Sabar hajare.. Sabar.. Jangan Mengeluh." Kata hati. hehehe.

Lastly......







































































HAPPY NEW YEAR 2013! in advance ~


Friday, December 28, 2012

Alkisah Rooftop Prince.... :)

Assalamualaikum. 

Hari ni entry K-pop. boleh? heeee ~

Saya baru khatam tengok movie ni.








Rooftop Prince!



Okeh, silakan gelak. memang saya ketinggalan pun. orang lain dah lama tengok, saya baru abes. haha.

Anyway, ini kali pertama saya update pasal citer korea. sebab saya rasa movie ni lain dari yang lain. sweet, kelakar, sedih.. sume ade. Kalau part kelakar tu, kelakar sangat. part sedih tu, sampai banjir bilik. huhuhu..

Citer ni bukanlah movie korea yang pertama saya tengok. Sebelum ni dah banyak. tapi saje2 rase nak update citer ni.. hehe.. Movie pertama saya tengok, kalau tak silap full house. time kat DQ dulu.. haha, bagus tak, tgk movie korea kat DQ? ish ish ish ish ish.... (8 juta kali, tapi tak larat nak taip)



Yup, memang full house citer first saya tengok dari mule2 start sampai habes. walaupun citer ni kua tahun 2004, tapi tahun 2010 baru saya tengok. haaa.. 'up to date' tak saya? -_-

Citer Winter sonata, autumn in my heart, stairway to heaven.. sume saya tak habes tengok sampai sekarang walaupun dipaksa oleh kawan saya supaya tengok jugak sampai abes. tapi nasihat kata2 die tu ibarat angin lalu je.. tak tau kenapa. huhu.. :P

Ok. Berbalik kepada citer Rooftop tadi.

Malas nak citer pasal sinopsis citer ni. nak tau, tengok kat wiki pun bole. hihi. Just nak citer pasal pelakon die. Ini first time filem yang saya minat lelaki yang bukan hero utama.


Ni Yong Sul. nama sebenarnye, ntah ape ntah. lupe nak gugel. suke die sebab die kelakar. Padahal garang, tapi baik hati. err, camane nak describe betul2 ek? hmmm.. die ni pahlawan.. teror lawan2 pedang. tapi sangat2 laaaaa suweeeeeet... hehe..

Tengok ni.




Sukaaaa sangat tengok die senyum camtu.. hahaha.. :D




Gambar ni sumpah smart giler.. *_____*



Movie ni sangat best! kenapalah saya lambat tengok. padahal dah ramai kawan2 suruh tengok, tapi dok biarkan je terperap dalam hard disk. kalau tau macam ni punye best, dah lama tengok.. huhu..

Hero utama cite ni nama tae yong. Die ni smart gak. pandai belakon, kelakar.. Tapi kelakar die takleh lawan kelakar yong sul.. hihihihi.. nak gak menangkan yong sul. :P

Part yang paling sedih sepanjang saya tengok citer ni time sorang2 mula hilang tu. pastu time baca surat tu.. memang touching sangat2. menangis sampai menitik2 air mata ni.. ish ish ish ish ish (lagi 8 juta kali)

Ok lah.. malas dah nak tulis. tepek gamba je lah..heeee. ~







Last skali.......





































































Nah! Setepek lagi gamba Yong Sul. Besaaaaaaaar punye. hahaha.. :D



babai.. ^_____^


Wednesday, December 26, 2012

JAWATAN KOSONG

Jawatan Kosong di SAYANG AULAD CENTRE,Taman Maluri,Kuala Lumpur.

Jawatan 1: Guru Pra-Sekolah.
Kelulusan: Diploma/Ijazah (kelulusan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak satu kelebihan).

Jawatan 2: Pengasuh Taska (Wanita)
Kelulusan: Sijil/SPM/Setaraf

*Tawaran gaji yang menarik
*Bagi jawatan pengasuh, makanan disediakan bagi yang berminat.
*Berminat dan sayang pada kanak-kanak.
*Muslimah menutup aurat.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Sayang Aulad Centre: 03-92811981
Hajjah Marsita Abdullah : 013-2021737
Ustaz Umar Bin Mohamad Noor : 013-2332872
Ustazah Siti Hajar Bt Mohamad Noor : 013-2785998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...