Friday, August 31, 2012

Dia sudah jadi 'Puan' .. :')

Assalamualaikum semua.. harap2 anda SEMUA sihat dan ceria di hari kemerdekaan ni.. (semua tu bajet cam ramai je yg bace blog aku.. hehe)

Sekarang ni musim kawan2 berumahtangga. kawan sekolah rendah, sekolah tinggi, sekolah U.. semua dah nak kahwin.. Alhamdulillah. dah sempurna sebahagian agama.. :)

kali ni, saya nak update tentang pernikahan sahabat saya yang saya pernah cerita pasal pertunangannya dulu kat entri INI. nak tau sape?

















 TA - DA !!



Inilah kawan saya. Siti Syakirah binti Mohammad Ariff atau lebih senang, saya panggil Kay je.. kawan se-DQ dulu.. sangat ayu dalam persalinan pengantinnya. kan?

Time ni kitorang duk ramai2 bersesak dalam bilik pengantin.. tengah nervous sebenarnya kay ni, sebab pengantin lelaki dah sampai..hehe..sorrylah ye kay, mu tengah nervous, kitoramg duk sibuk nak amik gamba.. :)

Sebelum ni, saya memang pernah berhajat nak pegi wedding kawan2 awal. Means, bukan datang time walimahnye, time sebelum akad, sebelum pakai inai.. sebab teringin nak tolong kawan2 buat persiapan. Dulu, saya teringin nak pegi tolong kawan saya, Anis kahwin, tapi time tu saya baru daftar masuk UKM.. sibuk berorientasi, jadi tak boleh nak gi majlis Anis.. Tapi akhirnya, tercapai jugak impian saya untuk pegi tolong Kay nikah..

Saya sampai kat rumah Kay kat terengganu hari jumaat pagi.. Sehari sebelum walimah.. Malamnye tu, majlis akad nikah. so, saya sempat la tolong Kay kemas rumah sikit2, tolong tengok Kay pakai inai, jahit tudung pengantin.. tapi tak banyak sangat pun tolongnye, sebab banyak bende memang dah sedia siap.

Sebelum majlis akad nikah lepas isyak, saya dan kawan2 lain dari DQ keluar kejap cari hadiah untuk pengantin. bile dah keluar ramai2 ni, tak sah laa kalau tak bergamba kan? nak2 kitorang yang susah nak jumpe ni.. hihi..


yang dalam troli tu adalah hadiah untuk Kay.. :)








Kitorang sampai rumah Kay time Maghrib.. pas siap2, teman kay menunggu pengantin lelaki dalam bilik pengantin.. habis satu bilik tu dipenuhi dengan kitorang je.. :)






kay dan adik2nye -Amirah dan Ain







Lepas dah selesai akad nikah dan sembahyang sunat, sesi pembatalan air sembahyang.

Eh, lupe nak kenalkan pengantin lelaki. Dah panjang berjela baru nak memperkenalkan. hihi.. Nak kenal, tengok bawah.......






































Haa.. itu dia pengantin lelaki..Gambar tak berapa clear sebab gune kamera picisan, cuma 2 megapixel. hehe.. ;)

Pengantin lelaki ialah Abdul 'Alim Zakaria. Orang terengganu kenal sangat kot. :))




Majlis selesai dalam pukul 12 malam lebih kurang. Walimahnye ialah pada esoknye iaitu hari Sabtu. Warna tema ialah PINK! sangat cantik dan lovely gitu.. !










 Seterusnya, biar gambar saja berbicara ye.. (padahal malas nak menulis.. hehe..)



ini namanya amik berkat.. :)

pengantin baru & pengantin 2 bulan :)




Macam tangga. -.-'





Seterusnya, gambar lagi.. hikhik.. :)

sebelum menjamu selera, bergambar tengah panas..

pengantin makan dengan segan silu.. hehe


doorgift untuk kami.. cekelat Kay buat sendiri tuh.hihi

rumet Kay (berbaju kelabu) pun datang dari kelate..

Anis yang saya ceritakan kat atas tadi ialah yang berbaju hijau tu.

Pengantin takde, kitorang pulak yang mendominasi pelamin. hehe.




Alhamdulillah.. dah takde dah gamba nak tepek. Yang ini je lepas dari penapisan.. hehe..

Rasa happy bile sahabat sendiri dah lepas.. Tak sangka pun ye.. punyelah dulu Kay ni gile2.. Dah kahwin pun.. :)

Kepada Kay, harapannya, semoga rumahtangga yang dibina diberkati Allah SWT selalu dan berkekalan hingga ke syurga. Cepat2 dapat baby, supaya senang aku nak buli nanti. hehe.. :)







:: Jangan tanya bile turn saya. Assalamualaikum. ;)

Thursday, June 21, 2012

It's Been a Long Time....

Assalamualaikum..

Dah lame x update blog.. nak kate busy, xdelah busy sangat pun sebenarnya.. cuma, banyak keje yg kne selesaikan..huhu..

Hari ni dah 22 Jun 2012.. Hari Jumaat, sayyidul ayyam.. :)



Saya baru keluar dewan pekse sebenarnye.. tadi exam paper Kepimpinan & Pengurusan Islam kat DTAMS.. Alhamdulillah, Allah permudahkan.. Apa yg saya baca, tu lah yg keluar dalam exam.. ^___^

Dah lama tak update blog.. yg bulan lepas pun, update pasal hadith.. Tu sebenarnya esaimen saya untuk subjek Hadith II.. Dr. Fadhlan suh buat esaimen pasal hadith yg kitorg belajar dan sebarkan menerusi alam maya.. terpulang nak buat dalam facebook ke, blog ke, atau ape2 je lah.. so, saya decide nak buat dalam blog ni je.. at least, ter'update' la jugak..hehe.. :)

Sekarang ni, musim exam.. tolak yang tadi, ade lagi 2 paper untuk saya tempuhi.. huhu.. Takut, nervous.. sume ade.. tapi harap2 Allah permudahkan dan bantu saya ngan kawan2 sume untuk jawab exam.. InsyaAllah, bile dah habes exam hari Rabu depan, maka habeslah sesi pengajian saya untuk tahun 2.. haha, macam tak caye pun ade.. tak lama lagi, masuk tahun 3, jadi senior tahun akhir..hihi..

Sekejap je masa berlalu.. dulu, masa mula2 datang UKM ni, rasa macam, 'Ya Allah.. 3 tahun lagi aku nak duduk sini.. Lamanyeeee..'. Tapi sekarang, dah nak masuk tahun 3.. tak rase lama pun.. dengan member2 satu jabatan pun baru je nak rapat, nak mesra.. tak habis taaruf lagi dengan sume orang.. Rupanya, 3 tahun tu taklah lama mana kan?

Gambar 1st Year.. muka suci.. :)

Gaya bebas

Gambar 2nd Year. dah giler2.. :)


Program SUGIAN yg pertama.. Sg. Congkak.

Program ke-2, SMK Saujana Impian Kajang.

Banyak lagi gambar nak tepek sebenarnye.. tapi xpelah.. kang, jadi album pulak blog ni.. huhu.. :)

Dulu, lepas habes DQ, rasa lega sebab da setel tesis sume.. Bile masuk UKM, x risau pun.. Lama lagi.. Tak payah fikir pasal tesis lagi.. Tapi sekarang, penyelia tesis pun dah ade.. tajuk pun dah ade.. Sem depan dah kena siap sedia fizikal dan mental untuk siapkan tesis.. Berulang alik laa dari kolej ke library.. huhu.. Dulu kat DQ, bukannya buat betul2 sangat pun tesisnye.. kat sini, memang kena buat elok2 la.. dah taraf degree, penulisan pun kena taraf degree.. (tapi penulisan blog terkecuali laah.. hehe)

Sedar tak sedar, usia semakin meningkat.. dulu 18 tahun, sekarang dah 22 tahun.. dah nak masuk alam dewasa.. dah makin dewasa, harap2 amalan pun semakin banyak.. huhu..

Dulu, tak pernah terfikir pun akan jadi dewasa.. haha, boleh ke rase camtu? kalau dulu2, surat2 official dari bank ke, dari syarikat2 ke, dari institusi2 kerajaan ke, bil2 ke yang sampai kat rumah mesti atas nama ayah atau ummi je.. yang saya dapat pun kad raya je lah.. hehe.. tapi sekarang, saya pun dah terima surat dari bank, dari koperasi, dari maxis, dari perodua, dari avon, dan banyak lagi lahh.. dah takde kad raya gamba katun macam dulu2.. huhu.. tu lah tandanya, da semakin dewasa.. dah banyak berurusan sendiri.




Kad kahwin pun sama.. dulu, kalau ade kad kahwin sampai kat rumah, sume dari kawan2 ayah atau ummi.. memang takde pun yang tuju khas untuk saya. betapa kanak-kanak nye zaman dulu.. hihi.. Sekarang.... kad kahwin kawan2 dah boleh buat koleksi, terpulang nak laminate ke, nak framekan ke, nak gantung2 kat dinding ke, nak gantung kat pokok pun boleh.. hehe.. Betapa ramainye rakan2 sebaya yang dah mendirikan rumahtangga.. ada yang tengah mengandung, yang dah ade sorang anak, 2 orang anak, 3 orang anak.. padahal dulu, tak pernah bayang pun yang die ni akan ade anak oleh kerana ke-tidak-matured-an-nya, tiba2 dah ade anak dulu dari kite..hikhik.. memanglahh kan.. perancangan Allah tak siapa tau, tak siapa duga.. :)

Tak payah pergi jauh2 la.. dulu, tak pernah bayang abang sendiri akan kahwin.. abang yang sama2 besar ngn kite, same2 gaduh, same2 rebut mainan.. tapi sekarang, saya dah dapat anak buah da pun sorang.. dah naik taraf jadi makcik.. hihi.. dulu, kalau jumpe baby atau budak2 kecik je, mesti akan bahasakan diri sendiri, akak.. sekarang, takyah bahasakan pun, budak2 tu sendiri akan panggil kite makcik.. aduss,..dah tua rupanya.. huhu..

Abdullah ku.....


Memang masa akan terus ke hadapan.. akan terus tinggalkan kite.. Semoga usia kite yang semakin meningkat ni akan menjadikan kite insan yang lebih baik dan lebih bertaqwa.

eh, skema nyeee..~ =P

Hmm, nampaknya dah panjang karangan saya kali ni.. dah macam nak exam paper BM Penulisan pulak..hehe.. berenti dulu lah.. nak study pulak.. :)

ok, babaiii.. :))




Friday, June 8, 2012

Hadith 14


عن عبد الرحمن ابن شماسة قال أتيت عائشة أسألها عن شيء فقالت ممن أنت؟ فقلت رجل من أهل مصر. فقالت كيف كان صاحبكم لكم في غزاتكم هذه؟ فقال ما نقمنا منه شيئا إن كان ليموت للرجل منا البعير والعبد فيعطيه العبد ويحتاج إلى النفقة فيعطيه النفقة. فقالت أما إنه لا يمنعني الذي فعل في محمد بن أبي بكر أخي أن أخبرك ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في بيتي هذا اللهم مَن ولي من أمر أمتي شيئا فشقّ عليهم فاشقق عليه ومَن ولي من أمر أمتي شيئا فرفق بهم فارفق به.

Maksudnya: Dari ‘Abd al-Rahman bin Shimasah, dia berkata: “Saya datang kepada ‘Aisyah untuk menanyakan tentang sesuatu, maka dia balik bertanya, “Dari manakah kamu?”. Saya menjawab, “Seseorang dari penduduk Mesir.” ‘Aisyah berkata, “Bagaimana keadaan sahabat kalian yang berperang bersama kalian dalam peperangan ini?” dia menjawab, “Kami tidak pernah membencinya sedikit pun. Jika keldai salah seorang dari kami mati, maka dia menggantikannya, jika yang mati adalah seorang budak, maka dia akan mengganti seorang budak, dan jika salah seorang dari kami memerlukan keperluan hidup, maka ia akan memberinya.”. ‘Aisyah berkata, “Tidak layak bagiku jika aku tidak mengutarakan keutamaan saudaraku, Muhammad bin Abu Bakar, aku akan memberitahumu sesuatu yang pernah aku dengari dari Rasulullah SAW. Baginda berdoa ketika berada di rumahku ini: “Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia menyusahkan urusan mereka, maka susahkanlah dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolonglah dia.”

Syarah Hadith
Hadith ini menyebut tentang kelebihan pemimpin dan tiada halangan atau sebab untuk bermusuh dan menentang pemimpin. Hadith ini juga menyarankan supaya berdoa untuk pemimpin sama ada pemimpin yang adil atau yang zalim seperti disebut dalam hadith di atas, “Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia menyusahkan urusan mereka, maka susahkanlah dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolonglah dia.”
Hal ini memberitahu kita bahawa Nabi SAW juga mendoakan khusus kepada pemimpin yang zalim. Doa Nabi SAW juga merangkumi pemimpin yang adil.

Pengajaran Hadith
1. Hendaklah kita berdoa kepada pemimpin sama ada yang zalim atau yang adil.
2. Nabi SAW mengajar kita adab-adab termasuk adab dengan pemimpin.

Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Kelebihan Pemimpin Yang Adil, Ancaman Terhadap Pemimpin Yang Zalim, Anjuran Supaya Berlemah Lembut Terhadap Rakyat Dan Larangan Menyusahkan Mereka, Nombor Hadith: 3407.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Thursday, May 31, 2012

Hadith 13


عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ غَزَوْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ تَبُوكَ فَلَمَّا جَاءَ وَادِيَ الْقُرَى إِذَا امْرَأَةٌ فِي حَدِيقَةٍ لَهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ اخْرُصُوا وَخَرَصَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشَرَةَ أَوْسُقٍ فَقَالَ لَهَا أَحْصِي مَا يَخْرُجُ مِنْهَا فَلَمَّا أَتَيْنَا تَبُوكَ قَالَ أَمَا إِنَّهَا سَتَهُبُّ اللَّيْلَةَ رِيحٌ شَدِيدَةٌ فَلَا يَقُومَنَّ أَحَدٌ وَمَنْ كَانَ مَعَهُ بَعِيرٌ فَلْيَعْقِلْهُ فَعَقَلْنَاهَا وَهَبَّتْ رِيحٌ شَدِيدَةٌ فَقَامَ رَجُلٌ فَأَلْقَتْهُ بِجَبَلِ طَيِّءٍ وَأَهْدَى مَلِكُ أَيْلَةَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَغْلَةً بَيْضَاءَ وَكَسَاهُ بُرْدًا وَكَتَبَ لَهُ بِبَحْرِهِمْ فَلَمَّا أَتَى وَادِيَ الْقُرَى قَالَ لِلْمَرْأَةِ كَمْ جَاءَ حَدِيقَتُكِ قَالَتْ عَشَرَةَ أَوْسُقٍ خَرْصَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي مُتَعَجِّلٌ إِلَى الْمَدِينَةِ فَمَنْ أَرَادَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَعَجَّلَ مَعِي فَلْيَتَعَجَّلْ فَلَمَّا قَالَ ابْنُ بَكَّارٍ كَلِمَةً مَعْنَاهَا أَشْرَفَ عَلَى الْمَدِينَةِ قَالَ هَذِهِ طَابَةُ فَلَمَّا رَأَى أُحُدًا قَالَ هَذَا جُبَيْلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ دُورِ الْأَنْصَارِ قَالُوا بَلَى قَالَ دُورُ بَنِي النَّجَّارِ ثُمَّ دُورُ بَنِي عَبْدِالْأَشْهَلِ ثُمَّ دُورُ بَنِي سَاعِدَةَ أَوْ دُورُ بَنِي الْحَارِثِ بْنِ الْخَزْرَجِ وَفِي كُلِّ دُورِ الْأَنْصَارِ يَعْنِي خَيْرًا

Maksudnya: Daripada Abu Humaid berkata: “Kami pergi berperang bersama sama dengan baginda Rasulullah SAW pada perang Tabuk. Setelah baginda SAW datang di Wadi al-Qura yakni sebuah tempat yang terletak antara Madinah dan Syam, tiba-tiba ada seorang perempuan yang sedang berada di kebun miliknya, lalu baginda Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: “Taksirlah atau perkirakanlah berapa hasil kebun ini !” Rasulullah SAW sendiri juga memperkirakan hasilnya iaitu sepuluh ausuq. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada wanita tersebut: Perhitungkanlah hasil yang keluar daripada kebun anda ini, juga perhitungkanlah ukuran wajib yang dikeluarkan untuk cukainya. Setelah tiba di Tabuk, Rasulullah SAW bersabda, ketahuilah sesungguhnya malam ini angin akan bertiup kencang, maka janganlah seorang pun di antara kalian berdiri dan barangsiapa yang membawa unta, hendaklah ia mengikatnya. Kami pun mengikat unta-unta kami, lalu angin bertiup kencang. Kemudian ada seorang lelaki berdiri maka angin itu menghempaskannya ke gunung Thayyi’. Raja Ailah menghadiahkan kepada Nabi SAW seekor baghal ( peranakan kuda dan keldai) putih, dan Nabi SAW memberinya pakaian beluru, lalu baginda SAW menulis surat (membuat perjanjian) kepadanya mengenai laut mereka (negeri mereka). Ketika Nabi SAW tiba di Wadi al-Qura, baginda bertanya kepada wanita tersebut, “Berapakah hasil kebunmu?” wanita itu menjawab, “10 ausuq, sama seperti perkiraan Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya aku tergesa-gesa ke Madinah, barangsiapa di antara kalian yang ingin ikut bersamaku, maka hendaklah ia mempercepatkan perjalanannya.” Ketika Ibn Bakkar mengucapkan kalimah maknanya – telah nampak kota Madinah, baginda Rasulullah SAW, “Ini adalah Thaabah (Madinah), kemudian apabila melihat bukit Uhud, baginda bersabda, “Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik perkampungan kaum ansar?” Mereka menjawab, “tentu”. Baginda SAW bersabda, “Perkampungan bani al-Najjar, perkampungan bani ‘Abd al-Asyhal, kemudian perkampungan bani Saidah atau rumah-rumah bani al-Harith bin al-Khazraj, dan pada setiap perkampungan Ansar yakni terdapat kebaikan.”

Syarah Hadith
Imam al-Tirmidzi menyebutkan daripada sebahagian ulama tentang penafsirannya iaitu buah-buahan seperti kurma atau anggur yang telah sampai tahap wajib dikeluarkan zakatnya, maka pemilik kebun tersebut perlu mengupah pentaksir untuk menganggarkan sepuluh peratus  daripada hasil yang perlu dikeluarkan. Faedah daripada pentaksiran ini adalah membolehkan pemilik hasil tanaman memanfaatkan lebihan atau bahagian selain daripada kadar yang dianggarkan untuk keluaran zakat, seperti menjualnya, memakannya atau memberikan kepada kaum keluarga, jiran, dan fakir miskin.
Menurut al-Khattabi, para ahl- ra’yu tidak menyetujui mengenai pentaksiran tersebut. Ini kerana sebahagian daripada mereka mengatakan apabila membuat anggaran mungkin tidak tepat dan mempunyai unsur penipuan.
Al-Khattabi menjawab: Memang benar, tetapi bukan semua orang boleh jadi pentaksir, tetapi mestilah mengupah orang yang benar-benar pakar dalam menganggarkan sesuatu hasil pada sesuatu kebun, dan orang ini memang ada. Nabi SAW sendiri pernah melakukan pentaksiran, seperti yang disebut didalam hadith ini, dan pentaksirannya itu tepat dan benar. Kemudian amalan pentaksiran ini diikuti oleh Abu Bakr dan Umar dan golongan yang datang selepas mereka termasuk para tabi’in.

Pengajaran Hadith
1. Kadar taksiran yang telah ditetap bagi zakat pertanian adalah bagi memudahkan kepada para petani menentukan kadar zakat yang perlu dikeluarkan.
2. Kewajipan zakat pertanian memberikan kelebihan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Takhrij Hadith
Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Menaksir Kurma, No. hadith: 1481.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...