عن عبد الرحمن ابن شماسة قال أتيت عائشة أسألها عن شيء فقالت ممن أنت؟ فقلت رجل من أهل مصر. فقالت كيف كان صاحبكم لكم في غزاتكم هذه؟ فقال ما نقمنا منه شيئا إن كان ليموت للرجل منا البعير والعبد فيعطيه العبد ويحتاج إلى النفقة فيعطيه النفقة. فقالت أما إنه لا يمنعني الذي فعل في محمد بن أبي بكر أخي أن أخبرك ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في بيتي هذا اللهم مَن ولي من أمر أمتي شيئا فشقّ عليهم فاشقق عليه ومَن ولي من أمر أمتي شيئا فرفق بهم فارفق به.
Maksudnya: Dari ‘Abd al-Rahman bin Shimasah, dia berkata: “Saya datang kepada ‘Aisyah untuk menanyakan tentang sesuatu, maka dia balik bertanya, “Dari manakah kamu?”. Saya menjawab, “Seseorang dari penduduk Mesir.” ‘Aisyah berkata, “Bagaimana keadaan sahabat kalian yang berperang bersama kalian dalam peperangan ini?” dia menjawab, “Kami tidak pernah membencinya sedikit pun. Jika keldai salah seorang dari kami mati, maka dia menggantikannya, jika yang mati adalah seorang budak, maka dia akan mengganti seorang budak, dan jika salah seorang dari kami memerlukan keperluan hidup, maka ia akan memberinya.”. ‘Aisyah berkata, “Tidak layak bagiku jika aku tidak mengutarakan keutamaan saudaraku, Muhammad bin Abu Bakar, aku akan memberitahumu sesuatu yang pernah aku dengari dari Rasulullah SAW. Baginda berdoa ketika berada di rumahku ini: “Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia menyusahkan urusan mereka, maka susahkanlah dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolonglah dia.”
Syarah Hadith
Hadith ini menyebut tentang kelebihan pemimpin dan tiada halangan atau sebab untuk bermusuh dan menentang pemimpin. Hadith ini juga menyarankan supaya berdoa untuk pemimpin sama ada pemimpin yang adil atau yang zalim seperti disebut dalam hadith di atas, “Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia menyusahkan urusan mereka, maka susahkanlah dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolonglah dia.”
Hal ini memberitahu kita bahawa Nabi SAW juga mendoakan khusus kepada pemimpin yang zalim. Doa Nabi SAW juga merangkumi pemimpin yang adil.
Pengajaran Hadith
1. Hendaklah kita berdoa kepada pemimpin sama ada yang zalim atau yang adil.
2. Nabi SAW mengajar kita adab-adab termasuk adab dengan pemimpin.
Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Kelebihan Pemimpin Yang Adil, Ancaman Terhadap Pemimpin Yang Zalim, Anjuran Supaya Berlemah Lembut Terhadap Rakyat Dan Larangan Menyusahkan Mereka, Nombor Hadith: 3407.
- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)
No comments:
Post a Comment