Sekarang ni musim kawan2 berumahtangga. kawan sekolah rendah, sekolah tinggi, sekolah U.. semua dah nak kahwin.. Alhamdulillah. dah sempurna sebahagian agama.. :)
kali ni, saya nak update tentang pernikahan sahabat saya yang saya pernah cerita pasal pertunangannya dulu kat entri INI. nak tau sape?
TA - DA !!
Inilah kawan saya. Siti Syakirah binti Mohammad Ariff atau lebih senang, saya panggil Kay je.. kawan se-DQ dulu.. sangat ayu dalam persalinan pengantinnya. kan?
Time ni kitorang duk ramai2 bersesak dalam bilik pengantin.. tengah nervous sebenarnya kay ni, sebab pengantin lelaki dah sampai..hehe..sorrylah ye kay, mu tengah nervous, kitoramg duk sibuk nak amik gamba.. :)
Sebelum ni, saya memang pernah berhajat nak pegi wedding kawan2 awal. Means, bukan datang time walimahnye, time sebelum akad, sebelum pakai inai.. sebab teringin nak tolong kawan2 buat persiapan. Dulu, saya teringin nak pegi tolong kawan saya, Anis kahwin, tapi time tu saya baru daftar masuk UKM.. sibuk berorientasi, jadi tak boleh nak gi majlis Anis.. Tapi akhirnya, tercapai jugak impian saya untuk pegi tolong Kay nikah..
Saya sampai kat rumah Kay kat terengganu hari jumaat pagi.. Sehari sebelum walimah.. Malamnye tu, majlis akad nikah. so, saya sempat la tolong Kay kemas rumah sikit2, tolong tengok Kay pakai inai, jahit tudung pengantin.. tapi tak banyak sangat pun tolongnye, sebab banyak bende memang dah sedia siap.
Sebelum majlis akad nikah lepas isyak, saya dan kawan2 lain dari DQ keluar kejap cari hadiah untuk pengantin. bile dah keluar ramai2 ni, tak sah laa kalau tak bergamba kan? nak2 kitorang yang susah nak jumpe ni.. hihi..
yang dalam troli tu adalah hadiah untuk Kay.. :) |
Kitorang sampai rumah Kay time Maghrib.. pas siap2, teman kay menunggu pengantin lelaki dalam bilik pengantin.. habis satu bilik tu dipenuhi dengan kitorang je.. :)
kay dan adik2nye -Amirah dan Ain |
Lepas dah selesai akad nikah dan sembahyang sunat, sesi pembatalan air sembahyang.
Eh, lupe nak kenalkan pengantin lelaki. Dah panjang berjela baru nak memperkenalkan. hihi.. Nak kenal, tengok bawah.......
Haa.. itu dia pengantin lelaki..Gambar tak berapa clear sebab gune kamera picisan, cuma 2 megapixel. hehe.. ;)
Pengantin lelaki ialah Abdul 'Alim Zakaria. Orang terengganu kenal sangat kot. :))
Majlis selesai dalam pukul 12 malam lebih kurang. Walimahnye ialah pada esoknye iaitu hari Sabtu. Warna tema ialah PINK! sangat cantik dan lovely gitu.. !
Seterusnya, biar gambar saja berbicara ye.. (padahal malas nak menulis.. hehe..)
ini namanya amik berkat.. :) |
pengantin baru & pengantin 2 bulan :) |
Macam tangga. -.-' |
Seterusnya, gambar lagi.. hikhik.. :)
sebelum menjamu selera, bergambar tengah panas.. |
pengantin makan dengan segan silu.. hehe |
doorgift untuk kami.. cekelat Kay buat sendiri tuh.hihi |
rumet Kay (berbaju kelabu) pun datang dari kelate.. |
Anis yang saya ceritakan kat atas tadi ialah yang berbaju hijau tu. |
Pengantin takde, kitorang pulak yang mendominasi pelamin. hehe. |
Alhamdulillah.. dah takde dah gamba nak tepek. Yang ini je lepas dari penapisan.. hehe..
Rasa happy bile sahabat sendiri dah lepas.. Tak sangka pun ye.. punyelah dulu Kay ni gile2.. Dah kahwin pun.. :)
Kepada Kay, harapannya, semoga rumahtangga yang dibina diberkati Allah SWT selalu dan berkekalan hingga ke syurga. Cepat2 dapat baby, supaya senang aku nak buli nanti. hehe.. :)
:: Jangan tanya bile turn saya. Assalamualaikum. ;)
nk tnya jugakkk!!...hahaha..
ReplyDelete"aja!!...turn kamu bile plk??..siap amk berkat lgi..2 mksudnye dh x lme dh tu..."
ha3..;p
hahaha.. ade jugak yg tanye.. hehe..
ReplyDeletedoa2 lah.. hihi.. ;)