Sunday, May 13, 2012

Hadith 6


عن عبدالله بن دينار أنه سمع ابن عمر يقول ذكر رجل لرسول الله صلى الله عليه وسلم أنه يخدع في البيوع فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من بايعت فقل لا خلابة فكان إذا بايع يقول لا خيابة.

Maksudnya: Daripada ‘Abdullah bin Dinar bahawa beliau mendengar Ibn ‘Umar berkata, “Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dirinya telah tertipu dalam jual beli, maka Rasulullah SAW bersabda: “Jika kalian berjual beli, maka katakanlah kepada penjual, Jangan menipu.” Setelah itu, apabila dia melakukan jual beli, dia selalu mengatakan: “jangan menipu.”

Syarah Hadith
            Al-Daraqutniy berkata ini adalah penting. Di dalam satu riwayat yang tidak sabit bahawa Nabi SAW meletakkan tempoh khiyar selama 3 hari bagi setiap barang dagangan yang dijual beli. Ini bagi memastikan kepuasan kepada kedua belah pihak yang berjual beli.

Pengajaran Hadith
1. Penjual mestilah jujur ketika menjual barang dagangan.
2. Khiyar diberikan bagi memberi kepuasan kepada kedua belah pihak yang menjalankan urusan jual beli.
3. Jenis-jenis khiyar adalah seperti Khiyar Syarat, Khiyar ‘Aib dan Khiyar Majlis.

Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Buyu’, Bab Sesiapa Yang Ditipu Di Dalam Jual Beli, No. Hadith: 2826.
- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Hadith 5


عن حكيم بن حزام عن النبي صلى الله عليه وسلم قال البيعان بالخيار ما لم يتفرقا فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما وإن كذبا وكتما محق بركة بيعهما.

Maksudnya: Daripada Hakim bin Hizam, daripada Nbi SAW bersabda: “Orang yang bertransaksi jual beli berhak khiyar (memilih) selama keduanya masih belum berpisah. Jika keduanya jujur dan terbuka, maka keduanya akan mendapat keberkatan dalam jual belinya. Tetapi, jika keduanya berdusta dan tidak terbuka, maka keberkatan jual beli antara keduanya akan hilang.”

Syarah Hadith
            Hadith di atas menjelaskan tentang orang yang bertransaksi jual beli berhak khiyar (memilih) selama keduanya masih belum berpisah. Jika keduanya jujur dan terbuka, maka keduanya akan mendapat keberkatan dalam jual belinya. Tetapi, jika keduanya berdusta dan tidak terbuka, maka keberkatan jual beli antara keduanya akan hilang. Penjual dan pembeli berhak mengetahui kecacatan terhadap barang dagangan, harga, dengan mengetahuinya dapat memberi kepuasan kepada penjual dan pembeli sekaligus mendapat berkat.

Pengajaran Hadith
1. Khiyar adalah jual beli yang diharuskan dalam Islam supaya menghilangkan rasa tidak puas hati di antara pihak yang berkontrak.
2. Jual beli khiyar hendaklah secara terang dan benar serta elakkan dari membuat penipuan.
3. Jual beli yang baik akan diberkati oleh Allah, jika sebaliknya, akan dihilangkan keberkatan oleh Allah.


Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Buyu', Bab Kejujuran dan Kejelasan Di Dalam Jual Beli, No. Hadith: 2825.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Hadith 4


عن أبي هريرة قال نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الحصاة وعن بيع الغرر.

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW melarang jual beli secara campak anak batu dan juga jual beli secara penipuan."

Sharah Hadith
            Dalam hadith di atas, Rasulullah SAW melarang kepada umat Islam menjalankan urus niaga secara campak anak batu dan secara tipu helah kerana kedua-duanya adalah haram dan tidak sah di sisi Islam. Jual beli dengan cara mencampak anak batu dapat diketahui melalui 3 takwilan iaitu:

a) Si penjual berkata: “aku jual kepada engkau pakaian ini, mengikut tempat jatuh anak batu yang aku lemparkan ini.”
b) Si penjual berkata: “aku jual kepada engkau mengikut pilihan engkau dengan balingan anak batu ini.”
c) Si penjual berkata: “jika engkau lemparkan anak batu pada baju ini, maka aku akan jualkan baju ini kepada engkau dengan harga ini.”

            Manakala, larangan jual beli secara penipuan termasuklah penjualan barang-barang yang entah di mana, barang-barang yang tidak diketahui besar kecilnya, baik buruknya, tidak diketahui masa menerimanya, barang yang belum sempurna milik penjualnya, menjual ikan di dalam sungai, burung di udara, anak binatang dalam perut, menjual sehelai kain di dalam beberapa helai kain yang tidak dapat dilihat, menjual seekor biri-biri di dalam kumpulan yang ramai, dan lain-lain lagi. Kesemuanya ini, mengandungi unsure penipuan dan tidak sah jual beli ini.

Pengajaran Hadith
1. Dilarang menjual barang yang tidak nampak kerana boleh berlaku penipuan.
2. Urusniaga yang dijalankan secara penipuan adalah dilarang sama sekali sama ada dalam bentu perbuatan atau perkataan.
3. Jika akad dijalankan secara penipuan, maka pihak pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut.

Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Buyu’, Bab Pembatalan Jual Beli Secara Campak Anak Batu Dan Jual Beli Yang Terdapat Di Dalamnya Penipuan, No. Hadith: 1513.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Hadith 3


عن إبن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال ألا كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته فالأمير الذي على الناس راع وهو مسؤل عن رعيته والرجل راع على أهل بيته وهو مسؤل عنهم والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهي مسؤلة عنهم والعبد راع على مال سيده وهو مسؤل عنه ألا فكلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته.

Maksudnya: Daripada Ibnu ‘Umar daripada Nabi SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa setiap kalian adalah pemimpin dan setiap dari kalian bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin manusia akan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin ke atas rumah tangga suaminya dan anak-anak mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepemimpinannya.”

Sharah Hadith
Ulama' berkata: Pemimpin di sini ialah seorang yang beramanah serta melakukan perkara yang soleh terhadap rakyatnya. Rakyatnya pula hendaklah menuntut keadilan darinya dan peka terhadap kebaikan dari segi agamanya, dunianya, akhiratnya dan selainnya.

Pengajaran Hadith
1. Setiap di antara kita hendaklah melaksanakan tugas dengan sebaiknya.
2. Setiap tanggungjawab yang diamanahkan akan ditanya dan dipertanggungjawabkan.

Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Kelebihan Pemimpin Yang Adil, Ancaman Terhadap Pemimpin Yang Zalim, Anjuran Supaya Berlemah Lembut Terhadap Rakyat Dan Larangan Menyusahkan Mereka, No. Hadith: 3408.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Hadith 2




عن أبي موسى رضي الله عنه قال دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من قومي فقال أحد الرجلين أمّرنا يا رسول الله وقال الآخر مثله فقال إنا لا نولّي هذا من سأله ولا من حرص عليه.

Maksudnya: Daripada Abu Musa r.a dia berkata. “Saya dan dua anak sepupuku menemui Nabi SAW lalu berkata salah seorang daripada keduanya: “Wahai Rasulullah, lantiklah kami sebagai pemimpin.” Dan seorang lagi mengucapkan perkataan yang sama. Maka Baginda SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan memberi jawatan kepada orang yang meminta-minta dan rakus terhadapnya.”

Sharah Hadith
            Hadith ini menerangkan tentang orang0orang yang dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan tidak akan menghiraukan pelbagai kesusahan dan kepayahan hidup. Mereka tidak sedikitpun takut dipandang hina semasa hidup di dunia, namun mereka berfikir bagaimana sekiranya mereka dicela dan dihina di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Inilah perjuangan hidup sebenar yang perlu ditempuhi oleh umat Islam. Inilah semangat yang perlu dipupuk oleh masyarakat sekarang.
            Al-Qadhi al-Baidawi berkata, “Tidak sepatutnya bagi orang yang berakal mengambil keseronokan sementara di dunia serta menggantikannya dengan hukuman buruk di akhirat yang membawa penyesalan kepadanya.” Al-Muhallab pula berkata, “Sikap tamak akan jawatan merupakan salah satu punca kepada berlakunya pembunuhan di antara manusia. Bukan itu sahaja, bahkan pertumpahan darah, perebutan harta dan kekayaan serta kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripadanya. Setelah perkara tersebut berlaku, timbul rasa penyesalan di dalam diri manusia kerana terperangkap di dalam satu agenda yang telah dirancang oleh mereka sendiri. Dalam masa yang sama, mereka merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan selama initidak berguna lagi.”

Pengajaran Hadith
1. Seseorang yang mendapat sesuatu jawatan sesuai dengan kelayakannya lebih berhak mendapatkan jawatan tersebut.
2. Seorang pemimpin diwajibkan memilih dan melantik seorang qadhi yang berkelayakan untuk menggubal undang-undang sesebuah negara.
3. Seorang qadhi berhak memilih sama ada memilih ataumenolak perlantikan daripada pemimpin jika dirasakan orang lain lebih layak.


Takhrij Hadith
Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Makruh Meminta-minta Jawatan Pemimpin, Hadith no. 6616

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Hadith 1



حدثنا عبد الرحمن بن سمرة قال، قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنك إن أعطيتها عن مسألة أكلت إليها وإى أعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها.

Maksudnya: ‘Abd Rahman bin Samurah telah menceritakan kepada kami, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku; “Wahai ‘Abd Rahman, janganlah kamu meminta jawatan, kerana jika kamu diberi jawatan kerana permintaan, maka tanggungjawabnya akan dibebankan kepadamu. Namun, jika kamu dilantik tanpa permintaan, maka kamu akan diberi pertolongan.”

Sharah Hadith
Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang larangan Nabi Muhammad SAW terhadap orang-orang yang meminta–minta sesuatu jawatan serta bermegah-megah dengan jawatan tersebut. Di dalam Islam, seseorang yang meminta-minta jawatan dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai jati diri yang tinggi serta mengharapkan belas ihsan orang lain kecuali mereka yang benar-benar mempunyai pengalaman dan keahlian dalam bidang tersebut.


Pengajaran Hadith
1. Umat Islam dilarang meminta-minta sebarang jawatan sama ada jawatan kerajaan, qadhi, dan sebagainya kecuali dalam keadaan terdesak.
2. Orang yang meminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT serta tidak akan mendapat keberkatan daripada pekerjaan tersebut.
3. Orang yang meminta-minta jawatan besar biasanya ingin memenuhi kehendak nafsu dan berkemungkinan tidak dapat melaksanakan amanah tersebut dengan baik.

Takhrij Hadith
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Larangan Meminta-minta Jawatan Dan Rakus Terhadapnya, Hadith no. 3401.

- Siti Hajar binti Mohamad Noor (A132877)

Saturday, May 5, 2012

Uniform Untuk Solat??

Assalamualaikum..

Sekarang tepat pukul 1 pagi, 6 Mei 2012..

Mata tak mengantuk lagi, so nak update la sikit.. dah lama terbiaar je blog ni.. hehe..

Berbalik kepada tajuk. Uniform untuk solat?? Telekung??



Sebelum saya straight to the tajuk, saya nak cerita satu benda dulu.. :)

Satu hari tu, hari selasa tak silap saya. Saya ngan kawan saya Mas nak pegi pasar malam.. Sebelum gi membeli belah tu, kitorang solat asar kat stesen minyak Petronas yang ade kat situ..

Saya yang memang dah ade wudhu' time tu terus je bentang sejadah dan betul2kan armsock, betul2kan tudung, kot2 ternampak rambut ke.. Lepas tu, saya terus solat dengan baju yang saya pakai time tu tanpa pakai telekung. Time tu saya pakai baju tshirt labuh, kain hitam, ngan pashmina - pashmina yang labuh.

Selesai je solat, saya pun siap2,lipat sejadah sume. Tibe2, ade sorang budak perempuan, umurnya sekitar 5-6 tahun tegur saya..

"Kakak ni sembahyang tak pakai macam kakak tu" Maksudnya die nak cakap yang saya ni solat tak pakai telekung macam kawan saya, Mas.

Saya terdiam.. Nak jawab camane agaknye ngan budak ni... huhu

Last2, dah takde idea, saya pun jawab: "Pakai camni pun boleh.. :)"

Budak tu diam. Mungkin dia tak faham dengan jawapan saya tu.. Yelah, selama ni mesti dia selalu duk tengok mak dia, nenek dia solat pakai telekung.. Tibe2 pulak nampak saya solat tak pakai telekung.. Mesti pelik.. Tapi takpelah.. budak2 lagi.. Tak faham.. :)

Actually, bukan kanak2 je yang pelik. Ade jugak sesetengah masyarakat dewasa yang pelik.. Mungkin mereka menganggap telekung tu adalah satu uniform wajib bagi wanita ketika solat.

Sebenarnya, pemakaian telekung ni dah macam satu tradisi kat negara kita ni. Pergilah mana2 surau atau masjid, kat ruangan wanita mesti disediakan telekung.. Tapi kalau kat negara lain, terutamanya negara2 timur tengah, takde pun telekung.

kenapa?

Sebab.... Telekung bukan uniform wajib untuk solat. :)

Pensyarah saya, Dr. Arif Nazri pernah ajar dalam kelas. Wanita ni, tak harus tambah pakaian untuk solat. Berbeza dengan lelaki yang diharuskan untuk tambah pakaian. Ustaz cakap, apa yang kita pakai tu, yang tu lah kita bawak solat. Sebab memang tuntutan agama kan suruh kite tutup aurat. so, bile dah tutup aurat sempurna, bolehla nak solat terus dengan pakaian yang sedang kite pakai tu.. Pakaian sebenar wanita ialah pakaian yang membolehkan diorang solat dengan pakaian tu.. Jadi maksudnya, yang boleh nampak hanya muka dan tapak tangan. Dah setel? so, boleh solat terus. :)



Jadi.. Janganlah lepas ni kalau nampak wanita solat tak pakai telekung, ingat solat die tak sah pulak.. huhu..

Ok. sampai sini dulu.. :))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...