Saturday, December 29, 2012

Ke Penghujungnya.




Bismillah...

Assalamualaikum semua. sekarang jam di desktop saya ni ialah pukul 3.09 pagi. Ulang ya. PAGI. hehe..

Jangan ditanya kenapa pukul 3 pagi macam ni saya masih tak tidur. Ini semua angkara exam yang akan menghampirkan dirinya kepada saya. (err, ayat ape ni?)

Ya, betul. Exam dah makin hampir. First paper saya ialah pada 2 Januari tahun depan. Dengar tahun depan tu, macam lama je lagi ek? Padahal lagi 2 hari je.. huhu.. Cuak betul. Dahla subjek Sejarah & Tamadun Islam. Hadooiii.. botak kepala nak ingat sume fakta. Memang tabik laa kat budak2 yang amik major Sejarah dan Tamadun ni.. Boleh tahan dorang mengingat tarikh, nama tokoh, dan sume yang pelik2 lagi.. Nasiblaaa ini subjek terakhir pasal sejarah2 ni.. huh.

Sebagaimana yang kita semua tahu, 2012 akan pergi tak lama lagi. Ade ke yang tak tau? yang tak tau tu adelah. Antara 2 je. Sama ada dia tu seorang baby atau ______________. (isi ruangan kosong).


Sekarang dah 30 Disember. Esok 31. Lusa dah new year. see? tak lama dah. Tak sangka. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat hidup kat saya, kat dia, dan kat awak juga. Ofkos la kat awak skali kan, kalau tak takkan awak boleh baca entry ni pulak kan? hehehe.. ;)

Saya sedikit kesal sebenarnya. Sebab impian saya yang saya nak laksanakan pada tahun ni tak tercapai. Nak capai apenye kan kalau dah tinggal sehari ni. Impian apa? Hmmm.. banyak impian. Takleh la bagitau. Rahsia saya tu.. hehe.. :P

Saya tak pasti jugak sebab apa tak tercapai tu.. Yelahh.. yang pertamanya, tentulah sebab Allah tak izinkan. Itu memang yang utama lah, sebab semua benda takkan terjadi kalau Allah tak izinkan. betul x? huhu.. Tapi sebab lainnya tu saya tak tau.. Sepanjang tahun 2012 ni, dari bulan Januari saaaaaaampaila ke bulan Disember ni, saya berusaha laksanakan kesemua impian saya tu. Tapi, cuma 2-3 sahaja yang dapat disetelkan sebelum masuk 2013, antaranya menyelesaikan presentation sebelum minggu ke 13. Hahahahaha.. :D

Okeh. tak lawak ye hajare. Sila gelak sendiri.

Hmm, mungkin penyakit malas dan cepat berputus asa adalah puncanya. kalau camtu, tahun 2013 ni, azamnya 'TAK NAK MALAS' dan 'TAK NAK BERPUTUS ASA' lah. sebab kalau dapat laksanakan azam ni, insyaAllah, impian2 yang dulu akan tercapai. Kan kan kan???? :D

Ok lah. Tak baik berlama2 di alam maya. Nanti merajuk pulak buku2 atas katil tu. Tu belum masuk yang kat atas rak tu lagi.. Haihhhhh..

"Sabar hajare.. Sabar.. Jangan Mengeluh." Kata hati. hehehe.

Lastly......







































































HAPPY NEW YEAR 2013! in advance ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...