Wednesday, October 30, 2019

I'm back! Hehe

Assalamualaikum..

Test test..

Setelah hampir 5 tahun, baru nak ada entry baru hihi.

Doakan hajare istiqamah menulis la pasni ye.

Byk sgt perkara berlaku dalam 4 tahun yg lepas. Rasa rugi tak coretkan kat blog ni. Aduhai..

Sbnrnya, setiap pengalaman & kenangan nak dicoretkan kat sini. Tp tulah, tak ingat dah cara nak log in balik blog ni. Last2 try bukak balik, eh boleh.. InshaAllah pasni try simpan semua kat sini. Takde org baca pun xpelah, yg penting ada kenangan hehe.

Ada posting hajare yg dulu2.. Bila baca balik, ya Allah tak teringat pun sebelum ni. Hampir lupa. Bila dah baca balik baru la dia teringat balik.. Haa nampak tak dia punya kepentingan? Haha. Satu hari nanti, bila kita dah makin dewasa, dah makin tua.. Akan ada byk benda yg kita akan lupa. Jadi bila kita tulis semua yg berlaku, kita boleh baca balik. Boleh ingat balik peristiwa lama2 kan.

Ok lah.. Sampai sini dulu. See u 😁

Sunday, January 4, 2015

Welcome 2015!

Assalamualaikum sume ^_^
Ini adalah post pertama hajare dalam tahun ni. Hiks.

Dua bulan tak update blog. Hmm hajare... hajare...

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru 2015. Secara tak officialnya, saya dah pun masuk kategori wanita dewasa umur 25 tahun. Hihihi.. rase macam tak caye je. Masak pun tak power lagi. Hiks :p

Tapi takpelah.. slow2 boleh belajar kan? Hee.. boleh la masuk dlm list azam tahun baru - nak pandai masak!

Bercerita tentang azam tahun baru, tahun ni saya punye azam ialah nak laksanakan azam tahun lepas 2014 yg tak terlaksana lg; antaranya ialah mendapatkan berat badan ideal. Cewah. Hehe. Selain tu, nak meningkatkan taraf ekonomi, nak jadi kaya, nak meningkatkan mutu kerjaya, dan nak kahwin. Hehe. Yelah, rugi je buat azam baru tp yg lama punya belum pun tertunai kan. Harap2nye berjaya lah. Hihi *^▁^*

Setakat hari ni, dah dapat lebih kurang 5 jemputan walimah dr kengkawan dan kenalan. Tetiba ada satu perasaan menusuk zuppp dlm hati. Hahahaha.. tak tahan gila ayat! Lol. :p
Bukan perasaan apa pun, cuma terfikir nanti tinggal aku sorang je la yg tak kawen. Huhu. Ntah ape2 je perasaan tu. -_-

Tapi actually, saya bukannya desperate sgt pun. Baru 25 kot... Dah Allah tetapkan jodoh saya belum sampai lagi, so saya takde la kisah sangat. Jodoh pertemuan di tangan-Nya. InshaAllah bila tiba masanya, ade lah tu.

Lagipun, bila dah semakin dewasa ni (cewahh) dah tak berapa fikir pasal tu. Dulu masa umur 18, 19 rasenye lagi selalu fikir pasal kahwin2 ni. Mcm kelakar je, tak padan dgn kecik dah pikir kawin. Haha. Agaknya fikiran kita sekarang dah makin matang dan sekarang ni dah banyak benda nak kena fikir. Dulu, belum kerja. Tau makan tido makan tido je. Sebab tu fikiran asyik berkhayal je. Haha.Skrg ni, dah busy takdelah asyik nak sedih2 je fikir bilee lah aku nk kawin. Huhu.

Ok lah. Stop citer pasal kawin.

Sekarang, kita cerita pasal kerja pulak. Sejak habis study kat UKM 2 tahun lepas, saya dah full day take over taska ummi saya yg dah ditubuhkan sejak 1991. Haaa, saya umur setahun masa tu. Macam2 ujian, onak duri, mehnah dan tribulasi (cewahhh ayat!), ombak dan badai yg melanda perniagaan kami ni, tapi Alhamdulillah dengan bantuan Allah, taska kitorang masih kukuh berdiri. Walaupun takde bukak banyak cawangan, tapi memadai lah. Daripada bukak cawangan bebanyak, pastu kualiti tak bagus, tak boleh jugak. So, baik bukak 1 je, so boleh tumpu 100% kat situ je. Kan?

Sekarang ummi dah 59 tahun. Memang dah smpai masanya ummi bersara. Duduk rumah, main dgn cucu, duduk minum kopi kat taman bunga... sebab dah lama sangat ummi bekerja. So, ni lah masanya saya pulak yg busy bekerja. Huhu. Tulah harapannya tahun ni, saya dapat jaga taska saya tu macam mana yg ummi jaga dulu atau lebih baik lagi. Banyak lagi nak kena belajar.. Nak kena belajar bersabar, tak cepat putus asa, macam2 lagi lah. Lagipun, ni bisnes keluarga. Ummi pernah cakap, siapa lagi yg nak sambung bisnes ni kalau bukan anak2 ummi? So, saya pun fikir.. betul jugak. Nak harap kat siapa lagi kan? Jadi nak tak nak saya kena belajar mencintai kerja saya ni. Walaupun susah, kena jugak. Lama2 mungkin rasa susah sbb asalnya ni bukan minat kita yg utama kan... tapi harapnya, lama kelamaan, rasa suka dan cinta tu akan datang sendiri.∩__∩


Hmm ok lah.. smpai sini je lah post kali ni. Semoga tahun 2015 ni, jadi tahun yang PALING BESTTTT utk kite semua. Huhu. Bebila inshaAllah saya update lagi.

Bye *^▁^*

Tuesday, November 11, 2014

Rindu

Assalamualaikum semuaaaa ∩__∩

Hari ni 12 november 2014. Hari Rabu.



Kenapa tajuk entri tu - RINDU ?
Sebab hajare sangat rindu kat kawan2 dan suasana masa study dulu. Huhu.

Sedar tak sedar, dah setahun lebih saya mengakhiri zaman sebagai seorang student. Dah setahun lebih menjadi wanita bekerjaya. Hehehe, macam tua je bila sebut wanita bekerjaya.

Bila dah mula bekerja ni, selalu rindu dgn suasana masa study time final year kt ukm dulu. Pagi2 pegi kelas.. petang balik asrama kumpul ramai2, berborak, ber-loya buruk, bergosip, berstudigrup dan mcm2 ber lagi lah. Pastu bila lapar, pegi kafe beli makanan. Amik kertas kosong, pastu tulis:
1. Nasi putih, telur dadar, sup
2. Nasi Goreng Ayam Kunyit ( xnak sayur xnak bawang goreng)

Psst. Sape boleh teka, mana satu hajare punye makanan? Hihi ^_^

Pastu tunggu nasi smbil berborak lagi. Takpun tgk tv kejap. Takpun pegi kedai runcit kejap beli jajan. Pastu berborak lagi. Haha. Biasanya rutin ni saya dengan Mas la.. dr DQ lagi dah rapat ngn die. Sampai org cakap kitorang ni kembar. Huhu.

Kadang2 kalau dah boring berdua, ajak lagi ahli2 geng yg lain lepak sekali. Pas da kumpul reramai tu, tau je lah bising tak bising kitorg ni. Huhu.

Tapi... semuanya dah tinggal kenangan. Masing2 dah jauh, dan ada kehidupan masing2.

Dulu masa kat Maahad Hafiz, kawan2 rapat saya ada lah dalam 6 ke 7org, tp yg paling rapat, dijah nama die. Oleh kerana kitorg sama2 masih bujang trang tang tang, jadi selalu la dpt dating sesama lagi. Tahun depan, kalau djah kawen, sedih la hajare... sobs ﹋o﹋





Huhu..

Kat DQ pulak, geng sy ade 5 org. Hajare, Mas, Anis, Kay, n Khalisah. Masa tu, bilik Kay adalah port kitorg utk lepak dan makan2. Selalu sangat buat bising situ, sampai kena sound. Hahah! Nakal gile masa tu. Siap tengok cite hindustan lagi. Last2 kantoi dengan ustaz dasuki. Kikiki ^O^

Dari kiri: kay, nisa, anis, hajare, mas, khalisah, aniqah.


Pastu kat UKM plk, geng sy ade 6 org. Hajare, Mas (lagi), Illi, Ika, Kak wa dan Kak Syai. Kitorang ni asobiyyah sikit. Sume geng amik course hadith. Takde sorang pun yg amik tafsir. Hehe. Tapi, kitorang kawan je dgn geng2 tafsirian. Hihi. Cuma yg paling rapat, yg ni lah. Sebab kitorg sama2 amik hadith, so jadual kelas sama lah. Sebab tu rapat. Tempat yg selalu kitorg jalan2 tak lain tak bukan warta bangi le..hihi. Kalau bukan kat situ, kat pkns bangi. Dah boring kat bangi, pegi Kajang. Haha. Takde tempat lain, situ je la pusing2 pun. Kikiki.

Dari kiri: kak wa, ika, mas, kak syai, hajare, illi.


Tapi sekarang, semua dah lain. Semua dah berpisah, dan ada kehidupan masing2 dah. Nak jumpa memang susah dah. Nak bercerita macam2 pun dah tak boleh sangat. Ramai yg dah berumahtangga. Ada suami, ada anak2. Mana boleh dah nk selalu dating2 dan nak bergayut kat phone lelama. Hihi.

Bila dah dewasa ni, kita memang semakin kurang kawan rapat. Kawan2 memang ramai, tapi yg rapat akan jd kurang. Bukan sebab tak suka lagi berkawan dgn kite, tapi sebab banyak lg tanggungjawab lain. Hajare fahammmmm. Nanti suatu hari, kalau sy dah berumahtangga pun, mesti dah tak banyak masa dengan kawan2. Sebab seorang isteri tu kan tempatnya di sisi suami. Huhu.

Sebab tu lah, sementara masih single ni kalau boleh nak selalu jumpa kawan2.







Sebab hajare rindu. ∩__∩♥♥♥


Thursday, October 9, 2014

Aidil Adha di Langkawi ^_^

Assalamualaikum.... ;)

Tak terlambat lagi kot nak ucap selamat hari raya aidil adha kpd semua pembaca blog hajare yg budiman kan. Acecehh, macamla ramai sgt yang baca. Mihmihmih :P

Alhamdulillah, raya haji baru ni, saya sekeluarga sambut kat pulau langkawi. Seronok? memang seronok, sebab dapat luangkan masa dgn family tercinta. Kalau ikut plan asalnya, kitorang nak sambut raya kat acheh. Tapi sebab dah last minute baru nak cari tiket, alamatnya mahal la tambang. Huhu. Dah tak jadi acheh, try pulak cari tiket medan, bandung, jakarta. Pun mahal jugak. Last2 kitorg decide, cuti kat malaysia je lah. Dari kk, ke kuching, last2 ke langkawi akhirnya. Hehe

Takpe la. Walaupun dah 80 kali pegi langkawi, kitorang tak kesah. Asalkan dapat bercuti sekeluarga. *^▁^*



Masa hari raya pertama, lepas je sembahyang raya, kitorang tak tau nak kemana. Sebab kat langkawi takde sedara mara nak singgah beraya. So, terkelip2 la kitorang sekejap tak tau nak buat ape. Huhu. Cari restoran nak sarapan, sume gerai tutup. Last2 sarapan kat KFC. Haa.. untung sangat. ╮(╯▽╰)╭

Banyak sebenarnya perkara yg berlaku masa hari pertama raya ni. Dah boleh buat list 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Hehe.

Yang pertama, peristiwa ummi kena marah kat masjid. Bukan Abdullah ye. Bukan jugak hajare. Tapi ummi. Hihi, percaya tak? ;)

Ceritanya macamni...
Pagi raya tu, kitorang datang awal kat masjid. Kalau tak silap, nama masjid tu masjid at-taqwa. Masa tu baru ade 3-4 orang orang2 kampung situ. Ade 1 kerusi kat tepi ruang solat tu. Saya pun ambikla sbb ummi mmg kena solat smbil duduk atas kerusi. Masa tengah takbir raya tu, ade la sorang makcik ni datang, pastu terus marah ummi,"Ni kerusi saya!!' sambil tunjuk kat kerusi yg ummi tgh duduk tu.

Terkejut kitorang. Makcik2 yg duduk saff depan kitorang pun dengar. Pastu makcik yg marah tu ckp lagi. "Saya ni sakit kaki. Tak boleh nak solat duduk bawah! Kena duduk atas kerusi." Dah la cakap kuat2, pastu duk ulang2 banyak kali. Macam saje nak suh ummi rasa bersalah.

Ummi tersenyap. Ummi pun xtau nak buat apa. Ummi pun sakit kaki, takleh duduk bawah. Abis nak buat cane. Memang la die orang kampung tu. Tapi kerusi tu masjid punya. Sekarang ni, sape yg datang dulu?

Waktu tu saya panasss la jugak. Nasib baik dlm masjid. Lagipun kat tempat orang kan.. sabar je lah.

Lepas tu, ummi baru teringat, wheelchair ummi ade dalam kereta. Nasib baik tak tinggal kerusi ummi tu kat homestay. Terus call angah, suh amik. Dah amik tu, ummi pun tukar duduk atas wheelchair ummi. Kerusi masjid tu kitorang bg kat makcik tadi. Baru la senyap. Agaknya dia ingat ummi saje2 kot nak guna kerusi tu.

Actually, tak salahkan sepenuhnya makcik tu. Tau... memang dia orang kampung tu. Selama ni agaknya memang die sorang je yg guna kerusi tu. Tapi takleh ke cakap baik2? Bolehla kitorang usaha cari kerusi lain ke ape ke. Ni terus nak marah. Kita ni dah la orang luar. Syukuuur sangat wheechair ummi ade dalam kereta waktu tu. Kalau tak, tak taulah.

Ok. Habis da cerita pasal tu. Cerita seterusnya, tunggu post lain la ye. Penat dah menaip. Ekeke. ;)

Babai ∩_∩

Tuesday, September 30, 2014

Setelah 17 bulan.....

Assalamualaikum.. 😊😊

 Wahhh, banyaknya sarang labah2 dalam blog ni. Ehehe..

Akhirnyaaa, tanggal 1 oktober 2014, saya mula menconteng kembali blog saya ni. Setelah 17 bulan tak update!

Huhu. Saya pun tak tau kenapa boleh terstop tulis blog ni. Kadang2 rasa banyak nak menulis, tapi tak jadi. Pastu bila ade masa free nak memaip, takde idea pulak. Last2 takde update pape langsung.

Saya sedar diri (cewahh) yg blog saya ni blog picisan je. Hihi. Takde sesapa baca pun. Tapi takpelah. Bia saya sendiri yang baca. Mihmihmih 😂😂😂.
Sebab bila saya tgk balik post2 saya yg lama dari masa mula2 buat blog ni dulu, rasa happy. Teringat kenangan lama, yg saya dah hampir lupa pun. Tapi bila baca balik, baru teringat sume. Hihi.

Update terakhir saya ialah pada bulan Mei 2013. Haha, lama gila.. time tu still duk kat UKM lagi. Sekarang, dah hampir setahun grad. Bayangkan betapa BANYAAKK benda yang saya tak dapat coret dalam blog ni, termasuk saat2 manis berkonvo dgn kengkawan kat UKM tahun lepas. Sob 😭

Tapi takpelah. Yang lepas tu lepas lah.. Lepas ni, try la istiqamah cam dulu balik. Hihi.

Ok lah. Sampai sini je la dulu sebagai permulaan. Pasni kite update benda lain pulak k! ;)

Babaiiii 💓

Wednesday, May 15, 2013

Final Year!

Assalamualaikum semua. ^__^

Dah lamaaaaaaaaaaaaa sangat tak update blog! huhu.. Entah kenapa, setiap kali nak update, jari ni macam tak reti nak menaip ape. Idea pun tak datang mencurah2. Lalu blog ini dibiarkan kesepian. (?)

Anyway, hari ni nak cerita yang sekarang ni saya da final year kat UKM ni. heee.. Tak sampai 2 bulan lagi saya duk kat sini. Pastu, grad in sha Allah.. Bulan 10 nanti jemput la datang konvo saya ye.. Bawak bunga ngan teddy near besa skali.. haha.. (berangan. padahal tesis pun tak siap lagi)

Selain sibuk dengan tesis saya yang beru seciput siapnye, saya juga tengak seronok berangan nak jalan2 ke sabah nanti ngn member2 se-course. Time ni lah nak spent masa ngn kawan2. pasni, da susah nak jumpe. ye dak?

Minggu lepas, saya pegi PD. Ade family day kelab jabatan saya. Tp program ni bukan untuk budak third year je... campur skali ngn junior 1st and 2nd year. Best sangat dapat release tension kat tepi pantai, main istana pasir, naik banana boat.. Time tu tak kesah da muke terbakar ke ape. Tapi bile balik rumah tengok cermin, muka da berbelang... nanges tak berair mata lahh..! huhu.. Apekan daya.. Dah pakai sunblock pun, tak dapat menahan keterikan cahaya matahari.. huhu..

Ah! tak pentingla.. kehitaman di wajah boleh pudar. tapi kenangan kat sane tu yang tak ternilai.. takkan pudar sampai bile2.. aceh! =P

Ladies.....


3rd year students. cewahhh!

Kanak-kanak (?) over dapat hamper.


Gwiyomi tak kitorang??? 


Lepas balik dari Sabah nanti, ade lagi 2 minggu sebelum exam. Alhamdulillah, exam sem ni cuma 2 subjek. Mujur da banyak tarik masa sem yg sebelum2 ni. Takdelah huru hara sangat nak siapkan esaimen sume.. Nak fikir tesis lagi. Fikir untuk program lagi. Dinner lagi. Kahwin lagi.. oooopss!!!

Hehe..

Ok lah.. sampai sini dululah. Nanti in sha Allah, pas balik dari Sabah, nak update lagi. Itu pun kalau rajin lahh.. hehe..

Babaiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! ^____________^




Monday, January 14, 2013

Listen, Listen, Listen, Listen, Listen.. 100x


Sebelum baca sampai bawah, sila tengok video ni dulu.




Dah tengok?? Korang tafsirkan sendiri.

First impression aku tengok video ni, rasa nak menyumpah je sharifah tu. (padahal memang dah sumpah pon.)

Die cakap student (cik Bawani) tu tak respect die. Celah mane ntah tak respect. aku tak nampak pun Bawani gune perkataan mencarut ke, ape.. Die tak potong pun kata2 sharifah tu. Dia bukan bercakap menjerit2 dari tempat duduk die. Malah, die bangun pegi kat mic. Ikut protokol majlis.

Abes, celah mana yang tak respect?

Kalau taknak bagi mahasiswa luahkan pendapat, takyah buat program yg ade sesi soal jawab. Buat program 'Listen To Me And Let Me Speak ONLY'.

Dahla soalan Bawani tu die potong, tarik mic lagi. Pastu tak jawab soalan pulak tuh! Pegi cerita pasal cats, dogs, lembu, jaws. Ntah ape2. Pastu malukan Bawani tengah2 orang ramai. Suh keluar dari Malaysia lah, keluar dari UUM lah. Jawapan yang bongokssss!

Yang student2 lain yang sokong sharifah ni pun sama aku nak sumpah. Macam lembu kena cucuk hidung. Takut sangat! Kalau tak sokong kang, kena buang U. Sampai bile nak ikuuuut je? Kata mahasiswa. Tapi tak bijak langsung!

Hadoiii.. tak faham lah aku.

Ni ade satu aku amik dari Page Revolusi Anak Muda Malaysia.




ANALOGI KES LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN...

1. Ada orang datang ke rumah kamu, jual bedak. Kamu tanya dia balik, "Kenapa nak kena beli bedak ni, sedangkan saya ada pilihan bedak yang lagi baik?"

Kemudian, orang tu sindir dengan nada marah dan perli,

"Kalau tak suka dengan bedak ni, keluarlah dari rumah ni!"

Hah? Keluar dari rumah sendiri? Kamu rasa dia tiga suku ke tak?

2. Ada orang datang ke universiti kamu, buat forum dan promosikan ideologi dan pemikiran dia. Alah, maksudnya dia paksa orang terima pendapat dia la. Misalnya, dia paksa seluruh pelajar universiti terima fakta kajian dia yang bertajuk, "Durian crepe adalah tak sedap langsung."

Kamu sebagai pelajar, bangun dan tanya soalan. "Kenapa pula tak sedap, saya makan sedap je. Saya syorkan kalau nak sedap lagi, letak aiskrim atau tukar dengan inti cokelat ke blueberry ke....lagi...."

Tapi, belum sempat lagi kamu habiskan ayat, dia dah mencelah:

"Shut up. When I'm talking, u listen. Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me.." (direpeat sebanyak 99x)

"I kata durian crepe tak sedaplah, kau paham? Kau ni akal macam manusia, tapi fikir macam haiwan. Tengok, kau ni tak belajar pendidikan respect langsung. Aku kata tak sedap, kau respect je la. Banyak songeh tol. Bersyukurlah aku dah buat kajian ni.."

"Universiti ni jemput aku. Kalau tak suka dengan universiti ni, keluarlah dan masuk universiti lain!"

Sekarang, kamu sebagai pelajar dan dia orang luar datang ke universiti kamu. Dia suruh kamu keluar dari universiti sendiri?

Agak-agak, waras ke tak waras orang macam ni??

p/s: setuju tak kalo gua kata budak2 mahasiswa/i yang tepuk tangan masa penghinaan si syarpah keatas bavani ni lebih bodoh dari lembu nfc kak jat? kahkahkah







Mahasiswa tak bodoh lah. Sume yang tengok video ni takkan setuju dengan syarifah tu. (Kecuali MACAI) Ptuih!




p/s:: Maaf. Entry kali ni berbaur kegeraman dan ketidak puasan hati. Oleh itu, aku guna ganti nama 'aku'. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...