Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..
Ada sangkaan BAIK, dan ada sangkaan BURUK..
tapi, boleh dikatakan, sangkaan BURUK lebih banyak sebenarnya dari sangkaan BAIK..
betul tak?
- Orang beribadah disangka riak..
- Orang yang relax disangka malas..
- Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk..
- Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud..
- Orang yang makan banyak disangka pelahap..
- Orang yang makan sikit disangka diet..
- Orang baik disangka buruk..
- Orang buruk disangka baik..
- Orang senyum disangka mengejek..
- Orang masam disangka merajuk..
- Orang bermuzakarah disangka mengumpat..
- Orang diam disangka menyendiri..
- Orang menawan disangka pakai susuk..
- Orang nampak ceria disangka membela..
Mana tahu...
~ yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
Mana tahu..
~ yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu..
~ yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya..
Mana tahu..
~ yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
Mana tahu..
~ yang ceria itu kerana cergas fikirannya dan sentiasa mengingati Allah..
Oleh itu, jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api.. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.. Namun, semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya..